KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) telah memproses lebih 200,000 permohonan bantuan pembayaran semula dan meluluskan semua permohonan yang layak diproses berjumlah RM32 bilion sehingga Mei 2021.
Daripada permohonan yang diluluskan itu, 37 peratus telah diberikan lanjutan penangguhan pembayaran semula pinjaman dan pembiayaan mereka, kata bank berkenaan.
"Baki daripada pelanggan itu telah dibenarkan membuat pembayaran ansuran lebih rendah dengan tempoh yang dipersetujui," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pihak bank terus menyediakan pelbagai solusi pembiayaan untuk perniagaan dan individu, serta mengulangi komitmennya untuk terus menyediakan bantuan pembayaran semula yang tersedia bagi membantu individu serta pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Pelanggan yang memerlukan bantuan kewangan masih boleh menghubungi pihak bank untuk berbincang dan mencari pakej yang paling sesuai bagi menyelesaikan masalah kewangan mereka dan permohonan boleh dibuat secara mudah melalui pelbagai saluran termasuk dalam talian demi kemudahan pelanggan.
"Keutamaan Maybank adalah untuk memastikan bahawa pelanggan terus mendapat akses kepada bantuan kewangan serta aliran tunai yang diperlukan agar mereka dapat memberi tumpuan kepada pengurusan kewajipan mereka yang lain semasa tempoh mencabar ini," katanya.
Menurut Maybank, bagi memudahkan para pelanggan, permohonan bagi bantuan tersebut boleh dilakukan dengan mudah menerusi empat saluran, termasuk dalam talian menerusi Maybank2u (untuk pelanggan individu dan perniagaan milikan tunggal) atau Maybank2u Biz (untuk perusahaan mikro dan PKS) serta menerusi e-mel kepada [email protected] (untuk pelanggan individu) atau [email protected] (untuk pelanggan PKS).
Pelanggan boleh mengunjungi mana-mana cawangan bank itu, Pusat PKS atau Pusat Pembiayaann Auto (mana yang berkaitan) di seluruh negara; atau hubungi Khidmat Pelanggan Maybank di talian 1-300-88-6688, dan tekan *1 untuk Bantuan Pembayaran Balik.
Pihak bank juga menggesa kepada pelanggan yang memerlukan bantuan, memohon melalui e-mel, telefon atau secara dalam talian untuk kemudahan dan keselamatan mereka, dan sesiapa yang ingin memohon di cawangan bank, digalakkan untuk membuat janji temu secara dalam talian dengan menggunakan Maybank EzyQ (melalui Maybank2u) sebelum hadir di cawangan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 19 2021

Keutamaan Maybank adalah untuk memastikan bahawa pelanggan terus mendapat akses kepada bantuan kewangan serta aliran tunai yang diperlukan. - Gambar fail/Reuters

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 September 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin - 25 September 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Watak di sebalik kecanggihan, keunikan majlis perasmian
Dari awal kemasukan kontinjen sehinggalah kepada persembahan, semuanya mendapat pujian kerana China menyuntik elemen digital dalam hampir setiap sentuhan mereka.

PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke APEC 2023 di AS November ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke APEC di San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) pada November ini.
[TERKINI] Van bawa pelancong Singapura terbabas, jatuh cerun di Balik Pulau
Sebuah van persiaran yang membawa sembilan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam di Bukit Genting, Balik Pulau.
Penggunaan pelekat harga pada kampit BPI dibenarkan sementara
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi kebenaran sementara bagi penggunaan pelekat harga pada kampit beras putih import (BPI) yang dipamerkan untuk jualan hingga 30 Nov ini.
Sekretariat Anti Fitnah ditubuhkan
Sekretariat Anti Fitnah (SAF) bagi membanteras sikap dan amalan fitnah yang kian menjadi gejala dalam hidup masyarakat masa kini.
Anak Dr Zul layak terima biasiswa, pemilihan ikut dasar dan SOP
MAIWP memaklumkan takrifan asnaf Fisabilillah yang diluluskan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 4 Mac 2021, merujuk kepada mana-mana golongan atau pihak yang terlibat dalam sesuatu aktiviti untuk menegakkan, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam.
Kerjasama dua hala, Zambry dijadual bertemu James Cleverly
Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan mengadakan lawatan kerja ke United Kingdom (UK) dari 25 hingga 26 September.

Maybank mohon maaf, perkhidmatan dalam talian alami gangguan
Perkhidmatan Maybank tidak dapat digunakan buat sementara waktu untuk web Maybank2u dan perkhidmatan perbankan mudah alih iaitu aplikasi M2U dan MAE, serta penggunaan kad debit dan kad kredit.

Perkhidmatan dalam talian alami gangguan, Maybank mohon maaf
Maybank dalam satu kenyataan memohon maaf kepada semua pengguna dan berkata ia sedang berusaha menyelesai dan memulihkan perkhidmatannya yang terjejas.

Maybank Islamic mahu manfaatkan hab pengurusan kekayaan Singapura
Bagi menyokong sasaran hasil daripada lima teras strategik, Maybank mengenal pasti 12 program yang dapat memperkukuh asas dan daya saing.

Pengesahan Secure2u Maybank dipindahkan ke aplikasi MAE berkuat kuasa 1 Julai
Semua pengesahan Secure2u Maybank akan dipindahkan ke Aplikasi MAE bermula 1 Julai ini untuk memastikan pengalaman perbankan yang lebih selamat untuk pelanggan.

MARDI, Maybank jalin kerjasama pacu pertanian bandar
(MARDI dan Maybank menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam usaha untuk memacu inovasi dan pembangunan mampan dalam sektor pertanian bandar.

Pengesahan transaksi Secure2u melalui MAE Maybank sahaja berkuat kuasa 1 Julai 2023
Semua pengesahan 'Secure2u' akan dipindahkan ke aplikasi MAE berkuat kuasa 1 Julai 2023.

Keuntungan bersih suku pertama Maybank meningkat pada RM2.27 bilion
Maybank mencatat keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak 10.7 peratus kepada RM2.27 bilion bagi suku pertama tahun kewangan berakhir pada 31 Mac, 2023.

Maybank naik kadar sehingga 25 mata asas mulai 8 Mei
Maybank akan menyemak semula kenaikan kadar asas standard (SBR), kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas (BLR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 8 Mei ini.

Raikan keindahan Ramadan dengan Kempen Kongsi Kebaikan Bersama Maybank!
Sama-sama kita memperkukuh iman dan meraih keberkatan sempena bulan mulia ini dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Maybank perkenal ciri tambahan keselamatan 'Kill Switch' untuk sekat kad kredit, caj sementara waktu
Maybank memperkenalkan ciri keselamatan baharu penyelesaian Kill Switch, sebagai tambahan kepada ciri penyahaktifan akses Maybank2u (M2U).