awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MEDAC sasar 847 premis perniagaan milik UDA operasi sepenuhnya hujung tahun ini

Bernama
Bernama
07/11/2021
20:53 MYT
MEDAC sasar 847 premis perniagaan milik UDA operasi sepenuhnya hujung tahun ini
Noh Omar (tengah) beramah mesra bersama para usahawan kecil semasa hadir lawatan kerja di Angsana Mall Johor, Johor Bahru, 7 Nov, 2021. --fotoBERNAMA
JOHOR BAHRU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menyasarkan kesemua 847 unit premis perniagaan kompleks membeli belah milik UDA Holdings Bhd (UDA) di seluruh negara beroperasi sepenuhnya pada penghujung tahun ini.
Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata pengoperasian semula merangkumi 100 peratus premis perniagaan itu merupakan penunjuk prestasi utama 100 hari, selaras dengan hasrat kementerian dalam memulihkan perniagaan dan meneruskan kelangsungan hidup terutama perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS).
Beliau berkata terdapat empat kompleks membeli belah utama milik UDA iaitu di Ipoh, Seremban, Johor Bahru dan Kuala Lumpur.
"Setakat ini hampir 800 unit kedai sudah memulakan perniagaan mereka, namun kita tidak menafikan bahawa kehadiran pengunjung setakat ini masih kira-kira 50 peratus sebulan.
"Tetapi dengan pengoperasian semula premis ini, rata-rata usahawan berterima kasih dan mengatakan bahawa mereka lega kerana sudah boleh memulakan perniagaan seperti biasa. Jadi kita akan pastikan 100 peratus premis perniagaan beroperasi hujung tahun ini," katanya kepada pemberita dalam sidang media sewaktu lawatan rasminya ke Angsana Johor Bahru Mall, di sini semalam.
Turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UDA Holdings Mohd Salem Kailany.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengoperasian kesemua premis perniagaan di kompleks membeli belah UDA Holdings.
Noh berkata dalam usaha memastikan kesemua premis perniagaan beroperasi, UDA turut menjalinkan kerjasama dengan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) bagi membantu usahawan memulakan perniagaan.
"Jika ada usahawan mahu kembali berniaga tetapi tidak ada modal, dengan kerjasama ini usahawan akan diberikan bantuan dan jumlah itu bergantung kepada penilaian TEKUN. Jadi soal untuk usahawan memulakan perniagaan di bawah kompleks beli belah kepunyaan UDA tidak timbul sebab pinjaman akan diberikan," katanya.
Sementara itu beliau berkata UDA setakat ini telah memperuntukkan insentif sewa sebanyak RM33.4 juta bagi membantu kesemua 847 usahawan di kompleks membeli belah itu.
Beliau berkata insentif berupa pengecualian, diskaun dan tunggakan sewa itu diberikan dalam usaha membantu kelangsungan usahawan dan aliran tunai kewangan mereka berikutan pandemik COVID-19.
"Pengecualian ini diberikan sehingga hujung tahun ini dan ia boleh dipertimbangkan menerusi rayuan untuk mengetahui keadaan perniagaan mereka," katanya.
Noh dalam masa sama berkata UDA membuka sebuah one-stop retail centre 'Mari Mart' miliknya di Angsana Johor Bahru Mall dengan kerjasama Tekun Corporation Sdn Bhd dan mensasarkan untuk membuka dua lagi pada tahun depan iaitu di Melaka dan Seremban.
Beliau berkata Mari Mart diwujudkan bertujuan untuk mengukuhkan pusat pemasaran produk PMKS serta koperasi,dan UDA menyediakan lokasi sebagai hab promosi dan usahawan dapat menerima manfaat dalam bentuk kos pengurusan dan manfaat fasiliti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Noh Omar
#kompleks membeli belah
#uda holdings
#beroperasi sepenuhnya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan