awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MEDAC tawar kemudahan Moratorium KPP 3.0

Bernama
Bernama
07/06/2021
05:25 MYT
MEDAC tawar kemudahan Moratorium KPP 3.0
Menurut Wan Junaidi, koperasi yang terjejas akibat pandemik COVID-19 hanya akan membuat bayaran balik pinjaman mulai 1 Sept, 2021. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menawarkan kemudahan penangguhan bayaran balik (Moratorium KPP 3.0) Pembiayaan Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMPSKM) dalam usaha membantu meringankan beban kewangan koperasi yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
MEDAC dalam satu kenyataan hari ini berkata sebanyak 1,056 koperasi seluruh negara akan menerima manfaat daripada pelaksanaan Moratorium KPP 3.0 TMPSKM tersebut.
Sehingga 30 April, 2021, jumlah akaun pembiayaan TMPSKM adalah sebanyak 1,734 dengan kelulusan pembiayaan keseluruhan bernilai RM1.66 bilion.
Menterinya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pelaksanaan kemudahan moratorium PKP 3.0 di bawah pembiayaan TMPSKM itu diteruskan dengan menawarkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman untuk tempoh tiga bulan bermula 1 Jun sehingga 31 Ogos 2021.
Menurutnya, koperasi yang terjejas akibat pandemik COVID-19 hanya akan membuat bayaran balik pinjaman mulai 1 Sept, 2021.
Bagi tujuan tersebut, katanya, proses permohonan akan dipermudahkan dan koperasi yang layak hanya perlu mengemukakan dokumen sokongan iaitu permohonan rasmi daripada koperasi, Penyata Terimaan dan Bayaran serta penyata bank bagi tempoh tiga bulan secara dalam talian.
"Kemudahan moratorium PKP 3.0 ini ditawarkan kepada semua koperasi yang mempunyai akaun pembiayaan di bawah TMPSKM," kata Wan Junaidi.
Bagaimanapun, katanya, koperasi yang mempunyai akaun pembiayaan bagi aktiviti kredit, kelulusan moratorium PKP 3.0 tertakluk kepada koperasi yang menawarkan kemudahan moratorium kepada anggotanya.
"MEDAC berharap kemudahan moratorium PKP 3.0 bagi pembiayaan TMPSKM ini dapat membantu kelangsungan aktiviti perniagaan gerakan koperasi dan menyediakan kemudahan tunai tambahan untuk operasi koperasi," katanya lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#bank
#usahawan
#Malaysia
#COVID-19
#Moratorium
#PKP
#pandemik
#Suruhanjaya Koperasi Malaysia
#Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
#Medac
#Moratorium KPP 3 0
#penangguhan bayaran balik
#koperasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan