Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mahu Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) tidak berdolak-dalik dan mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung cadangan pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang dijangka dilaksanakan 1 Januari depan.
Presidennya, Abdul Halim Mansor pada masa sama mendakwa MEF mengemukakan cadangan-cadangan yang sebenarnya bertujuan melewat-lewatkan atau menggagalkan hasrat kerajaan itu.
Antara yang tidak dipersetujui MTUC ialah cadangan MEF agar SIP dilaksanakan secara saving model, mengecilkan skop liputan SIP mempertikaikan data-data yang dikeluarkan pihak berkuasa dan kadar caruman RM1 yang tidak munasabah.
Malah katanya, pengurangan kadar caruman SIP daripada 0.5 peratus kepada 0.2 peratus telah dipersetujui bersama oleh wakil majikan dan pekerja dalam satu mesyuarat pada Ogos lalu.
"Saya menggesa Perdana Menteri yang meletakkan kekuatan, yang serius mahu perlindungan ini kerana beliau telah meletakkan RM135 juta dan beliau sendiri telah menyatakan bahawa skim ini mesti berjalan pada 1 Januari, 2018.
Jadi kalau ini dah sampai di parlimen dan kita mahu tangguh, ia menidakkan perlindungan kepada pekerja yang mana asas yang pertama bukan masalah gaji sahaja tetapi faedah hari pertama, perlindungan pertama awak dapat surat diberhentikan kerana pada saat itu yang kita perlu ada perlindungan," katanya dalam sidang media di Wisma Perkeso di sini hari ini.
Tambahnya, MTUC tidak pernah bersetuju dengan permintaan MEF agar bayaran SIP hanya terpakai kepada pekerja yang tidak dibayar Faedah Penamatan Kerja (ETLB) atau di bawah Perjanjian Kolektif (CA) kerana ia berada di bawah tanggungjawab majikan melalui undang-undang berkaitan.
Justeru katanya, jika SIP gagal dilaksanakan, MTUC mencadangkan majikan membayar dana keselamatan dengan meletakkan penalti di bank atau pihak keselamatan sosial sebagai caruman untuk pekerja.
Cadangan itu selaras dengan Akta Kerja 1955 yang didakwa tidak diberikan penekanan oleh sesetengah majikan.
"Kalau MEF kata SIP ini agak memberatkan, jadi saya mencadangkan kerajaan mengarahkan semua syarikat menyimpan deposit di keselamatan sosial, jadi kalau syarikat itu tutup operasi, maka pekerja boleh ambil wang dicarum majikan dalam bank atau pihak keselamatan sosial itu," tambahnya.
MTUC juga bertegas menolak sebarang bentuk dialog dengan MEF selagi SIP tidak dilaksanakan.
Inisiatif SIP diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1 Mei lalu.
Rahimah Abdullah
Thu Oct 19 2017

Jika SIP gagal dilaksanakan, MTUC mencadangkan majikan membayar dana keselamatan dengan meletakkan penalti di bank atau pihak keselamatan sosial sebagai caruman untuk pekerja. - Gambar fail

DNA UMNO tetap perjuangkan Melayu, Islam, tidak akan kendur - Tok Mat
UMNO akan memperjuangkan Islam dan Melayu, dalam kerangka hubbul watan yang lebih sederhana, dan lebih menghargai kepelbagaian Malaysia.

Perlu ada perjanjian khusus bagi perolehan darurat KKM - Lukanisman
Ia bagi memastikan mereka tidak mengambil kesempatan dan menyediakan peralatan yang mengikut piawaian.

Meskipun dibantah, Jepun tetap teruskan rancangan untuk lepaskan sisa nuklear ke laut
Rancangan itu telah mencetuskan bantahan kedutaan China di Tokyo selain daripada komuniti nelayan tempatan dan negara jiran.

Isteri halang saya naiki pesawat ujian SAF - Abang Johari
Abang Johari berkata isterinya berusaha memujuk agar beliau tidak meneruskan hasrat untuk mengikuti penerbangan ujian pesawat Airbus itu.

UMNO harus terima, hidup dengan kenyataan tewas dahsyat dalam PRU15 - Mohamad
UMNO juga tidak boleh berlagak seolah-olah parti itu keramat dan sangat kukuh sedangkan ditolak oleh rakyat Malaysia.

Gadis buta ini peroleh 'Golden Buzzer', tawan hati juri America's Got Talent
"Impian saya ingin menjadi seorang diva seperti Whitney Houston dan memenangi anugerah Grammy."

Gempa bumi lemah di Semporna, Sabah
Gempa bumi lemah dengan magnitud 2.6 melanda Semporna, Sabah pada 7.39 malam tadi.

Fahmi Fadzil setuju jadi penaung KL City FC
Fahmi Fadzil bersetuju untuk menjadi penaung kelab KL City FC, selepas menerima tawaran itu daripada Presiden KLFA Khalid Abdul Samad, hari ini.

Bunuh warga emas, dua lelaki tempatan ditahan polis
Dua lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki warga emas dalam kejadian di kawasan semak di Jalan Song Ban Kheng, Bukit Mertajam, semalam.

Korban banjir di Haiti meningkat kepada 51 orang
Hujan lebat di Haiti menyebabkan sekurang-kurangnya 51 orang maut, 18 hilang manakala 140 lagi cedera, menurut Direktorat Perlindungan Awam pada Selasa.

Penetapan gaji minimum perlu berdasarkan pelbagai aspek - Kesatuan pekerja
Penetapan gaji minimum perlu dibuat berdasarkan pelbagai aspek termasuk sektor pekerjaan, kelayakan akademik, pengalaman dan kemahiran pekerja bagi memberi keadilan kepada semua pihak.

Akta Kerja: Jangan tergesa-gesa, bincang dengan pemegang taruh - Ameer Ali Mydin
Penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 perlu dijalankan secara berperingkat, sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan pertama tahun hadapan.

Pindaan Akta Kerja meresahkan golongan majikan - Pengarah Eksekutif MEF
Pindaan Akta Kerja 1955 dilihat memberi keuntungan kepada golongan pekerja namun meresahkan para majikan di negara ini.

Pindaan Akta Kerja: Majikan perlu lihat manfaat terhadap perkembangan ekonomi
Banyak terma akan diperbaiki apabila akta ini dilaksanakan, sekaligus menjadikan Malaysia sebuah negara yang menarik bagi rakan perdagangan.

Waktu kerja fleksibel: Bukan paksaan tapi galakan - Sivakumar
Tiada sebarang paksaan terhadap majikan untuk melaksanakan waktu kerja fleksibel selaras dengan pindaan Akta Kerja 1955 yang akan dilaksanakan.

Gagal patuhi tempoh bayaran gaji pekerja, AIROD didenda RM66,000
Mahkamah Majistret mendenda AIROD Sdn Bhd sebanyak RM66,000 selepas syarikat itu mengaku bersalah atas 44 pertuduhan gagal mematuhi tempoh pembayaran gaji pekerja.

MEF sambut baik keputusan tangguh pelaksanaan pindaan EA1955 ke tahun depan
Menurut MEF, berkata pelaksanaan pindaan EA 1955 perlu dilakukan dengan betul kerana ia akan melibatkan semua pekerja di sektor swasta, yang dianggarkan lebih 10 juta pekerja.

Tangguh pelaksanaan Akta Kerja, majikan perlukan masa selesaikan isu kekurangan pekerja - Saravanan
Penangguhan pelaksanaan Akta Kerja dari 1 Sept depan kepada 1 Jan 2023 bertujuan memberi ruang kepada majikan untuk menyelesaikan isu berkaitan kekurangan tenaga buruh.

Pelaksanaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 ditangguh ke 1 Jan 2023 - Saravanan
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 pada 1 September depan kepada 1 Januari 2023.

Kemasukan pekerja asing ke negara ini perlu dapat kelulusan JTKSM mulai 1 Sept - Saravanan
Kemasukan pekerja asing profesional atau bukan profesional ke negara ini perlu mendapat kelulusan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) mulai 1 September depan.