BISNES
Melaka percepat pertumbuhan industri menerusi inisiatif Melaka Industrial Booster
Ab Rauf (dua, kanan) menyampaikan anugerah Chief Minister’s Award Manufacturing kepada Ketua Pegawai Eksekutif Medivest Abdullah Hashim (tengah) pada majlis CMIEA 2025 di Melaka, malam tadi. --fotoBERNAMA
MELAKA: Kerajaan Melaka meningkatkan usaha merancakkan pembangunan perindustrian menerusi Melaka Industrial Booster (MIB), sebuah pusat sehenti yang bertujuan mempercepatkan proses pelaburan serta memperkukuh pertumbuhan zon industri di seluruh negeri.
Ringkasan AI
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata MIB diwujudkan bagi memastikan pemain industri tidak lagi berdepan kelewatan berpanjangan berikutan prosedur birokrasi, dengan menghimpunkan 29 agensi berkaitan di bawah satu bumbung.
"Matlamat kami ialah memastikan pemain industri tidak perlu menunggu lama disebabkan kerenah birokrasi. Setakat ini, 72 syarikat telah menggunakan sistem MIB untuk mempercepatkan pelbagai proses di Melaka, termasuk pindah milik tanah, kelulusan pemilikan dan prosedur permulaan kerja.
"Kami memanfaatkan sepenuhnya mekanisme ini untuk memberikan sokongan lebih kukuh kepada pelabur yang mengembangkan operasi mereka di Melaka," katanya pada sidang media selepas merasmikan Anugerah Kecemerlangan Industri Ketua Menteri (CMIEA) 2025 di Banda Hilir pada Selasa.
Mengulas lanjut, beliau berkata sebanyak 72 syarikat yang menggunakan sistem MIB itu menggambarkan komitmen negeri dalam mewujudkan ekosistem perindustrian yang mesra perniagaan dan efisien.
Ab Rauf berkata pembangunan perindustrian juga harus membawa manfaat yang jelas kepada rakyat.
"Pelabur terus melihat Melaka sebagai pilihan ideal untuk mengembangkan industri, dan melalui MIB, kami yakin dapat meningkatkan lagi sokongan serta keyakinan terhadap pelaburan berterusan di negeri ini," katanya.
Pada majlis itu, Medivest Sdn Bhd, syarikat pengurusan fasiliti kesihatan, dan CSC Steel Sdn Bhd menerima pengiktirafan tertinggi apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Ketua Menteri.
Medivest turut meraih Anugerah Kecemerlangan Sektor Perkhidmatan, manakala CSC Steel dipilih sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Sektor Pembuatan.
CMIEA edisi 2025 menandakan kemunculan semula majlis anugerah berprestij itu selepas 10 tahun, dengan lima kategori utama yang mengiktiraf kecemerlangan industri di Melaka.
Sebanyak 12 syarikat menyertai anugerah itu termasuk MFS Technology, HM Jaya, CGN Edra, Master Tech Wire Cable, MITCH, Medivest, Wahdah Technologies, Konsep Karisma, Julie’s, CSC Steel, MITC dan Panglima Power.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerajaan Melaka memperkenalkan Melaka Industrial Booster (MIB) sebagai inisiatif menggalakkan pembangunan perindustrian di negeri tersebut dengan menghimpunkan 29 agensi di bawah satu bumbung, bertujuan mempercepatkan proses pelaburan dan memperkuatkan zon industri.
- Sebanyak 72 syarikat telah menggunakan sistem MIB untuk mempercepatkan pelbagai proses di Melaka termasuk pindah milik tanah, kelulusan pemilikan, dan prosedur permulaan kerja, menunjukkan komitmen negeri dalam mewujudkan ekosistem perindustrian yang mesra perniagaan dan efisien.
- Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, menekankan bahawa pembangunan perindustrian juga perlu memberi manfaat yang jelas kepada rakyat dengan harapan MIB dapat meningkatkan sokongan serta keyakinan terhadap pelaburan berterusan di negeri tersebut.