awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka terima pelaburan lebih RM1 bilion, bina pusat data kedua terbesar negara

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
27/07/2022
06:35 MYT
Melaka terima pelaburan lebih RM1 bilion, bina pusat data kedua terbesar negara
Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menerima dua cadangan pelaburan digital daripada syarikat pelabur China. - Gambar Astro AWANI
AYER KEROH: Sebuah pusat data kedua terbesar negara bakal dibina di Melaka selepas kerajaan negeri itu menerima pelaburan berjumlah lebih RM1 bilion.
Exco Pelaburan,Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menerima dua cadangan pelaburan digital daripada syarikat pelabur China.
Katanya, pusat data kedua terbesar selepas Cyberjaya itu akan dibina di kawasan Ayer Keroh di atas tanah seluas kira-kira 8 hektar.
"Pusat data kedua terbesar negara ini sedang dibuat kajian lebih terperinci mengenai penempatan yang sesuai oleh pihak MIDA untuk membawa masuk pelabur dari luar negara itu bagaimanapun saya tidak boleh dedahkan dengan terperinci kerana kita telah tandatangani NDA (perjanjian kerahsiaan).
"Setakat ini MIDA sudah terima dua cadangan membina pusat data itu daripada pelabur luar negara iaitu Hong Kong dan China dan Insya-Allah kita berdoa supaya pelaburan ini dibuat tahun ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Persidangan Ketiga, Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Ke-15 di Seri Negeri di sini, pada Rabu.
Beliau terdahulu menjawab soalan tambahan daripada Datuk Khaidira Abu Zahar (BN-Rim) yang bertanyakan mengenai pelaburan digital di Melaka
Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, kawasan yang akan dilengkapi tujuh kampus itu diyakini mampu memperkasakan ekonomi digital dan ekosistem digital di Malaysia.
Dalam pada itu, katanya, kerajaan negeri menyasarkan nilai pelaburan sebanyak RM5 bilion masuk ke Melaka pada tahun ini.
Menurut beliau, pelaburan berkenaan akan memberi fokus kepada tiga sektor iaitu pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan.
Topic Berkaitan
#Melaka
#pelaburan RM1 bilion
#pusat data
#pelabur China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan