JAKARTA: Syarikat penerbangan disaran menjalin kerjasama agar dapat memacu sektor pelancongan yang berperanan besar dalam memangkin pertumbuhan ekonomi negara, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes.
Beliau berkata langkah strategik bekerjasama dengan Garuda Indonesia Group memberi contoh kepada industri bahawa dengan mengurangkan persaingan dan bekerjasama, ia akan menghasilkan manfaat lebih baik kepada syarikat dan pelanggan, sekali gus memacu ekonomi negara.
“Kerjasama antara dua syarikat penerbangan kini menjadi kenyataan, yang menjadi perintis. Dari segi sejarah penerbangan, saya berpendapat bahawa kerjasama ini akan menetapkan piawaian, di mana kita tidak perlu sentiasa bersaing dan boleh bekerjasama,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) Capital A dan Garuda Indonesia Group di Jakarta semalam, di mana kedua-dua syarikat menjalin kerjasama strategik melibatkan perniagaan penerbangan komersial kos rendah, logistik, serta penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).
Mengakui syarikat penerbangan bersaing dengan sengit, Tony berkata mereka masih mampu bekerjasama walaupun persaingan bukan sahaja tidak dapat dihalang, malahan mesti diteruskan.
Bagaimanapun, katanya, banyak peluang telah disia-siakan di Malaysia meskipun terdapat pelbagai usaha boleh dilakukan dengan syarikat penerbangan tempatan jika mereka berganding bahu.
Mengambil contoh Malaysia Airlines Berhad, yang telah menghadapi isu hidangan makanan dalam penerbangan baru-baru ini, beliau berkata Santan berupaya menghasilkan makanan untuk syarikat tersebut memandangkan jenama makanan dan minuman AirAsia itu telah menghasilkan 90 juta hidangan.
“Kami turut menawarkan Malaysia Airlines peluang untuk menjual tiket mereka di AirAsia Move, di mana kami mempunyai pangkalan data yang jauh lebih besar dan ia berpotensi mendapat pelanggan dari seluruh dunia.
“Bagaimanapun, mereka memfailkan saman untuk menghalang kami daripada berbuat demikian. Kita boleh bersaing tetapi kita harus boleh menjalin kerjasama untuk memajukan Malaysia. Kenapa Malaysia Airlines dan AirAsia tidak boleh bekerja?” dakwa beliau.
Menekankan potensi pertumbuhan pendapatan syarikat dan ekonomi negara menerusi kerjasama syarikat penerbangan, Tony berkata kerjasama dengan Garuda akan meningkatkan bilangan penerbangan dan laluannya, serta menawarkan lebih manfaat kepada pelanggan.
“Kedudukan kami kukuh di Indonesia pada peringkat antarabangsa tetapi kita tidak mempunyai rangkaian domestik yang besar, kita tidak pergi banyak tempat. CitiLink mempunyai 56 pesawat terbang domestik, pergi ke banyak destinasi yang kami tidak lakukan.
“Justeru sebagai rakyat Malaysia, anda boleh terbang dari Kuala Lumpur ke Jakarta, dan dari Jakarta anda kini mempunyai banyak lagi tempat yang boleh anda pergi,” ujar beliau.
Tony berkata inisiatif AirAsia dan Garuda tersebut bukan sahaja menjadi peneraju, malah turut memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih besar untuk kedua-dua negara, di mana industri penerbangan tidak pernah mempunyai kerjasama kukuh di ASEAN. - DagangNews
Dagang News
Thu Sep 28 2023
Tony Fernandes dan Ketua Pegawai Eksekutif Garuda Indonesia Irfan Setiaputra menandatangani MoU di Jakarta semalam. - Gambar/ DagangNews
Bangladesh buka semula sekolah walaupun cuaca masih panas
Pelajar kembali ke sekolah di seluruh Bangladesh walaupun negara itu dilanda gelombang panas berlarutan yang mendorong pembelajaran secara bersemuka ditangguhkan, hujung minggu lalu.
Filipina tangguh kelas secara bersemuka kerana cuaca panas
Filipina menangguhkan kelas bersemuka di semua sekolah kerajaan selama dua hari, susulan cuaca panas melampau dan mogok oleh pemandu jeepney atau bas mini di seluruh negara.
Puting beliung landa bandar Guangzhou
Puting beliung melanda bandar Guangzhou di selatan China dan mengorbankan lima nyawa dan 33 lagi cedera.
Menurut laporan CCTV, puting beliuang itu melanda daerah Baiyun di Guangzhou pada petang Sabtu.
Menurut laporan CCTV, puting beliuang itu melanda daerah Baiyun di Guangzhou pada petang Sabtu.
Tak dapat jadi TPM, Menteri Luar Thailand letak jawatan
Menteri Luar Thailand, Parnpree Bahiddha-Nukara meletak jawatan secara mengejut hari ini, selepas tidak dinamakan sebagai timbalan perdana menteri dalam rombakan Kabinet.
20 tentera maut, gudang peluru di Kemboja meletup
Sebuah gudang peluru tentera meletup pada Sabtu membunuh sekurang-kurangnya 20 tentera dan mencederakan beberapa yang lain di tengah Kemboja.
Tumpuan Isnin - 29 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jadikan ASEAN sebagai pusat pertumbuhan utama- Pakar
ASEAN mempunyai potensi untuk menjadi pusat pertumbuhan ekonomi yang kukuh, inklusif dan mampan.
Menurut penganalisis ekonomi, Fithra Faisal, negara-negara besar khususnya harus tundukkan 'ego' mereka dan bekerja bersama dengan anggota ASEAN untuk memperkukuhkan lagi ekonomi negara.
Menurut penganalisis ekonomi, Fithra Faisal, negara-negara besar khususnya harus tundukkan 'ego' mereka dan bekerja bersama dengan anggota ASEAN untuk memperkukuhkan lagi ekonomi negara.
Bill Gates sambut baik dana $500 juta dari Arab Saudi
Pengasas Microsoft, Bill Gates mengalu-alukan bantuan $500 juta dolar dari Arab Saudi dalam usaha memerangi penyakit polio bagi tempoh lima tahun akan datang.
Hanya US boleh halang Israel terus serang Rafah- Mahmoud Abbas
Rafah menjadi tempat lebih sejuta rakyat Palestin berlindung daripada serangan berterusan Israel, sejak tujuh bulan lalu.
Anwar tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan menyokong pengiktirafan negara Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika bertemu rakan sejawatnya dari Jordan, Bisher Hani Al-Khasawneh, di luar mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh Arab Saudi pada Ahad.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Capital A zahirkan minat beli lapangan terbang di ASEAN
Aviation Services iaitu perkhidmatan penerbangan di bawah Capital A Bhd menzahirkan minat memiliki lapangan terbang di seluruh ASEAN.
Tony Fernandes lanjut kontrak 5 tahun sebagai CEO Capital A
CEO Capital A Bhd Tony Fernandes telah menandatangani kontrak perkhidmatan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.
Capital A, AirAsia X lanjut tempoh rundingan cadangan pengambilalihan hingga 30 April
Penjualan perniagaan penerbangan AirAsia oleh Capital A Bhd kepada AirAsia X Bhd (AAX) telah dilanjutkan sehingga 30 April 2024.
Capital A cadang lupus perniagaan penerbangan kepada AirAsia X
Tony Fernandes berkata langkah strategik itu bertujuan memperkemas operasi kumpulan itu dan memudahkan penilaian berteraskan perniagaan.
Anak syarikat Capital A terima kelulusan Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah
Kelulusan organisasi penyelenggaraan Bahagian 145 EASA ini merupakan piawaian tertinggi bagi penyelenggaraan penerbangan.
Mengapa syarikat penerbangan tidak boleh bekerjasama? - Tony Fernandes
Syarikat penerbangan disaran menjalin kerjasama agar dapat memacu sektor pelancongan yang berperanan besar dalam memangkin pertumbuhan ekonomi negara.
Capital A lantik Mohamad Hafidz sebagai pemangku CEO baharu airasia Super App
Capital A Bhd mengumumkan pelantikan Mohamad Hafidz Mohd Fadzil sebagai Pemangku CEO airasia Super App, menggantikan Amanda Woo, yang akan meletakkan jawatan berkuat kuasa 1 April, 2023.
Penerbangan Capital A bawa 24.2 juta penumpang, melonjak 404 peratus
Jumlah penumpang syarikat penerbangan disatukan di bawah Capital A Bhd mencecah rekod 24.2 juta bagi tahun kewangan 2022 (TK2022).
Teleport raih RM220 juta daripada pelabur institusi bagi pengembangan operasinya
Pete Chareonwongsa berkata, misi mereka adalah untuk menyampaikan secara konsisten lebih baik daripada orang lain di Asia Tenggara.