KUALA LUMPUR: Mercedes-Benz Malaysia menyediakan program bantuan banjir kepada pelanggannya termasuk skim bayaran tanpa faedah bagi kos baik pulih kenderaan mereka yang terjejas akibat bencana itu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Sagree Sardien berkata, tawaran itu sah sehingga 31 Januari 2022.

Katanya, tawaran itu merangkumi potongan harga 30% untuk semua alat ganti, perkhidmatan penundaan percuma ke pusat pengedar yang berdaftar dan penilaian percuma untuk kerosakan kenderaan.

"Keselamatan pelanggan kami adalah keutamaan kami. Kami komited dalam memastikan pelanggan dan kenderaan Mercedes-Benz mereka mendapat perhatian sewajarnya dalam masa yang sukar ini," katanya.

Pemilik Mercedes-Benz yang terjejas boleh menghubungi pusat pengedar terdekat atau Khidmat Bantuan 24 Jam Mercedes-Benz dan Pusat Khidmat Pelanggan di 1-800-88-1133.


*Berita asal di DagangNews.com