Meta tolak cadangan kerjasama Google bangunkan Android XR

Amanz
Mac 4, 2024 02:00 MYT
Meta sedia menerajui arena realiti-terimbuh dan mendakwa kerjasama dengan Google tidak membawa sebarang keuntungan kepadanya.
META pada Ahad sedia mempunyai penawaran yang memfokuskan kepada realiti-terimbuh, di bawah set kepala Quest.
Peranti berkenaan dikuasakan sistem operasi berasaskan Android versi sumber terbuka, tanpa penyertaan integrasi perkhidmatan Google.
Mengikut laporan terbaru, Google dikatakan pernah mendekati Meta, mengajaknya bekerjasama dalam membangunkan platform untuk arena realiti-terimbuh.
Namun, Meta dilihat menolak kerjasama berkenaan dan memilih untuk membangunkannya sendiri.
Pihak Meta sendiri sedia menerajui arena berkenaan dan mendakwa kerjasama dengan Google tidak membawa sebarang keuntungan kepada pihaknya.
Malah, baru-baru ini, Meta dilaporkan akan bekerjasama dengan pihak LG untuk pengeluaran peranti realiti-maya yang menggunakan kepakaran perisian Meta, serta perkakasan LG.
Dengan langkah ini, tidak diketahui lagi bagaimanakah langkah Google dalam arena realiti-terimbuh yang kini kian mendapat perhatian ramai – selari penyertaan Apple melalui Apple Vision Pro.
#Google #Meta #realiti-terimbuh #peranti realiti-maya