awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Microsoft lancar BINA AI Malaysia, percepat inovasi teknologi

Bernama
Bernama
28/05/2025
08:15 MYT
Microsoft lancar BINA AI Malaysia, percepat inovasi teknologi
Menerusi AIForMYFuture, Microsoft berjaya melatih kemahiran 400,000 orang setakat ini yang merangkumi penjawat awam, masyarakat kurang berkemampuan serta profesional pelbagai industri. - Reuters
KUALA LUMPUR: Microsoft hari ini mengumumkan pelancaran BINA AI Malaysia, satu inisiatif bertujuan menyokong fasa seterusnya dalam usaha mempercepat transformasi kecerdasan buatan (AI) negara ini.
Pengarah Urusan Microsoft Malaysia Laurence Si berkata inisiatif itu juga menjadi pembaharuan komitmen terhadap daya tahan, keterangkuman serta kemampanan ekonomi AI Malaysia selain mewakili lebih daripada sekadar menyediakan prasarana serta komponen teknologi.
"Adalah menjadi komitmen kami untuk saling bekerjasama dengan kerajaan, rakan industri serta komuniti bagi memanfaatkan penerimagunaan AI, memacu inovasi dan membangunkan bakat kalis masa depan.
"Inisiatif utama BINA AI Malaysia adalah Pusat Inovasi AI Kebangsaan Microsoft yang bertujuan melanjutkan matlamat AI kebangsaan Malaysia yang bukan setakat memacu inovasi, tetapi mengupayakan kerjasama serta menyelesaikan cabaran tempatan dengan AI," katanya pada sesi kunjungan AI Microsoft di sini, hari ini.
Dalam kenyataan berasingan, Microsoft berkata BINA AI Malaysia juga memaparkan komitmen syarikat terhadap pembangunan negara dengan tidak hanya menyediakan aspek prasarana dan penyelesaian teknologi yang diyakini, tetapi juga bekerjasama dengan pihak berkepentingan rentas industri dalam memacu penerimagunaan AI serta membangunkan bakat sedia dengan teknologi itu.
Dalam pada itu, Si berkata di bawah inisiatif "AI for Malaysia Future" (AIForMYFuture) yang dilancarkan pada Disember 2024, Microsoft berjaya melatih kemahiran 400,000 orang setakat ini yang merangkumi penjawat awam, masyarakat kurang berkemampuan serta profesional pelbagai industri.
"Kami memerlukan individu yang mempunyai kemahiran tepat bagi memacu transformasi ini. Oleh itu, dari inisiatif ini, kami menyasarkan untuk melatih 800,000 orang menjelang akhir 2025.
"Melangkaui aspek prasarana, kami juga komited dalam menyalurkan kemahiran digital dan AI untuk setiap rakyat Malaysia menerusi inisiatif AIForMYFuture, sekali gus menyokong wawasan negara ini untuk muncul sebagai peneraju digital serantau," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bina AI malaysia
#Microsoft
#transformasi AI
#kecerdaan buatan
#teknologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan