KUALA LUMPUR:Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) meluluskan sebanyak 1,053 projek perkilangan dan perkhidmatan bagi tempoh Mac sehingga September, 2020 dengan jumlah pelaburan sebanyak RM61.7 bilion.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata daripada jumlah keseluruhan itu sebanyak RM57.9 bilion adalah daripada sektor perkilangan dan RM3.8 bilion adalah daripada sektor perkhidmatan.
"Sebanyak RM44.0 bilion atau 71.3 peratus merupakan pelaburan baharu, manakala RM17.7 bilion atau 28.7 peratus disumbang melalui aktiviti pembesaran dan pempelbagaian.
"Daripada jumlah pelaburan yang diluluskan itu, pelaburan langsung tempatan (DDI) menyumbang sebanyak 40.5 peratus atau RM25 bilion, sementara pelaburan langsung asing (FDI) menyumbang sebanyak 59.5 peratus atau RM36.7 bilion," katanya di dalam jawapan lisan di sesi Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Noor Amin Ahmad (PH-Kangar) yang minta menyatakan berapa jumlah pelaburan baru masuk ke Malaysia sejak Mac 2020 dan berapa jumlah pelabur yang keluar atau menamatkan pelaburan ke Malaysia pada tempoh yang sama sehingga kini.
Mohamed Azmin berkata bagi tempoh yang sama terdapat 13 syarikat perkilangan menamatkan operasinya di Malaysia, antaranya adalah pelabur dari Amerika Syarikat, Perancis, Belgium, Singapura, Hong Kong dan Malaysia.
Penutupan syarikat-syarikat perkilangan itu susulan daripada pengurangan permintaan disebabkan persaingan yang sengit antara pengeluar dalam kalangan produk yang sama, peningkatan dalam kos operasi dan ketidaktentuan pasaran ekonomi global akibat pandemik COVID-19.
"Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sentiasa memastikan dasar-dasar domestik terus menyokong pertumbuhan ekonomi negara terutamanya dalam meningkatkan kadar FDI dan DDI dengan memastikan Malaysia mempunyai ekosistem pelaburan yang stabil, kondusif dan dinamik dalam jangka masa panjang serta melaksanakan beberapa inisiatif lain," katanya.
Beliau berkata antara Inisiatif yang telah dilaksanakan ialah menggalakkan pelaburan asing dan tempatan dalam sektor berteknologi tinggi, perkilangan, kreatif serta ekonomi baharu.
"Sehingga September 2020, kerajaan sedang menilai projek-projek pelaburan sebanyak RM54 bilion dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan. Selain itu, MITI menerusi MIDA melaksanakan sesi libat urus secara berterusan melalui pejabat MIDA luar negara dalam usaha untuk menarik projek pelaburan berprofil tinggi.
"Setakat ini, MIDA telah mengenal pasti projek dengan potensi pelaburan bernilai RM75.4 bilion daripada pelabur asing yang disasar bagi tahun 2020 dan 2021, antara negara yang disasarkan ialah Jepun, Amerika Syarikat, Jerman, Belanda, Korea Selatan, China, United Kingdom dan Taiwan," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata kementerian telah menganjurkan dan mengambil bahagian dalam pelbagai program penggalakan pelaburan terutamanya yang dilakukan secara maya menerusi kerjasama bersama dewan perniagaan, institusi perbankan dan komuniti perniagaan antarabangsa.
"Kerajaan komited dalam usaha memulihkan semula ekonomi yang terjejas akibat penularanCOVID-19, sekaligus mengekalkan negara ini sebagai destinasi pilihan utama khususnya bagi projek pelaburan domestik dan asing yang berkualiti dan berimpak tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 03 2020

AZMIN: Sebanyak RM44.0 bilion atau 71.3 peratus merupakan pelaburan baharu, manakala RM17.7 bilion atau 28.7 peratus disumbang melalui aktiviti pembesaran dan pempelbagaian. - Gambar fail
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [20 Januari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [20 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/6927816471611102125973/1886346_17223730201611102311789_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [20 Januari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Hakim Rahman dan Geegee Ahmad.

Hari terakhir Trump di White House
Trump dikatakan masih mempunyai kuasa untuk berbuat demikian sehingga tengah hari Rabu sebelum proses peralihan kuasa di White House berkuat kuasa.

AWANI Ringkas: OPEC optimis pemulihan pasaran 2021 | Iraq tunda pilihan raya ke Oktober
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (8:00AM).

COVID-19 | Kes positif dunia melebihi 95 juta
Jumlah kumulatif kes positif global kini melebihi 95 juta kes. Ia berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

COVID-19 | Panel WHO bentang hasil kajian
Panel khas dilantik Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO, kritik China dan beberapa negara lain. Ini berikutan kegagalan negara terlibat untuk bertindak berhubung penularan awal COVID-19.

COVID-19 | Biden batalkan dekri longgar sekatan perjalanan
Sementara itu Joe Biden dijangka membatalkan dekri terakhir diluluskan Presiden Donald Trump. Ini melibatkan pembatalan sekatan perjalanan bagi pengembara dari Eropah dan Brazil.

Politik Amerika | Trump ucap selamat kepada pentadbiran baharu
Presiden Donald Trump dalam pada itu mengucapkan selamat kepada pentadbiran baharu White House yang akan diterajui Joe Biden bermula hari ini. Dalam video ucapan akhir itu, Trump, Presiden Amerika Syarikat ke-45, berharap Amerika terus kekal makmur di bawah pentadbiran baharu.

COVID-19 | Angka korban global melebihi 2.05 juta
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 2.05 juta kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 401 ribu kes.

Kajian Asal Virus | Tiada jawapan dalam masa terdekat
Dalam perkembangan berkaitan, tiada jawapan atau dapatan kajian boleh dijangkakan dalam masa terdekat terhadap penyiasatan pasukan penyelidik antarabangsa yang menjalankan kajian di China. Pasukan yang diketuai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tiba di Wuhan minggu lalu itu, bagi menyiasat dakwaan permulaan wabak itu tercetus.

Politik AS | Senator Republikan kecam Trump secara terbuka
Sementara itu Senator Republikan Mitch Mcconnell secara terang-terangan menyalahkan Presiden Donald Trump atas rusuhan di Capitol. Mcconell mendakwa penyokong Trump dimomokkan dengan pembohongan dan diprovokasi supaya melakukan rusuhan dengan niat membatalkan keputusan Pemilihan Presiden yang berpihak kepada Joe Biden.

Dua lagi penginapan pekerja kilang sarung tangan sesak, tidak dapat perakuan JTK
Dua penginapan pekerja sebuah kilang sarung tangan di lokasi berasingan di Kampung Acheh, Sitiawan, di sini, didapati sesak.

PKP 2.0: Kedai dobi layan diri, gunting rambut antara operasi dilarang
Waktu operasi turut dihadkan bagi beberapa premis perniagaan, seperti restoran yang hanya dibenarkan buka dari 6 pagi ke 8 malam.

PKP 2.0: Ini sektor ekonomi yang dibenarkan operasi
Lima sektor ekonomi dibenarkan beroperasi termasuk pengilangan, pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan.

PKP 2.0: Adakah anda dibenarkan ke pejabat esok? Ini SOP sektor ekonomi
Menurut Datuk Seri Azmin Ali, SOP yang disediakan adalah komprehensif, relevan dan praktikal.

PKP 2.0: Lima sektor ekonomi dibenarkan beroperasi - PM Muhyiddin
Muhyiddin berkata, sektor berkenaan melibatkan bidang pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran, serta perladangan dan komoditi.

Kartel daging: Australia sedia beri kerjasama, sentiasa patuhi piawai - Pesuruhjaya Tinggi
Sebagai pengeksport terbesar daging sejuk beku ke Malaysia, kerajaan Australia akan sentiasa memastikan semua produk termasuk daging yang memasuki Malaysia memenuhi segala piawaian yang ditetapkan.

Lebihan dagangan Malaysia melonjak 151.6 peratus tahun ke tahun kepada RM16.82 bilion pada November
Eksport meningkat 4.3 peratus kepada RM84.43 bilion berbanding bulan yang sama tahun lepas, mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun bagi tiga bulan berturut-turut.

Perubahan politik tidak jejas dagangan Malaysia, miliki dasar konsisten - MITI
Lazimnya perubahan politik boleh memberi kesan ketara terhadap dasar perdagangan dan ekonomi selain turut mempengaruhi senario perniagaan.

Arahan bekerja dari rumah diteliti semula
Kerajaan akan membincangkan semula arahan bekerja dari rumah yang diumumkan sejak pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) 22 Oktober lalu.

MIDA lulus 1,053 projek bernilai RM61.7 bilion bagi tempoh Mac-Sept - Mohamad Azmin
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) meluluskan 1,053 projek perkilangan dan perkhidmatan bagi tempoh Mac sehingga September 2020.