KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasarkan untuk mencapai jualan bernilai RM2.1 bilion semasa Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023) yang akan berlangsung September depan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata, angka itu adalah melebihi RM200 juta berbanding sasaran jualan MIHAS sebanyak RM1.9 bilion tahun lalu.
Mohd Mustafa berkata, penyertaan pempamer dari China dalam bilangan yang besar menyumbang kepada peningkatan sasaran jualan MIHAS tahun ini.
"Saya percaya dan optimis bahawa kita mampu untuk mencapai sasaran. Malah, China telah membuka sempadannya dan lebih banyak syarikat dari China akan menyertai pameran.
"Malah, angka terbaharu yang saya dapat, China akan menyertai 111 'booth' pameran, dan begitu juga peningkatan bilangan pembeli secara fizikal mahupun dalam talian," katanya dalam sidang media di Menara Matrade, di sini.
Pihaknya juga menerima respons positif daripada pempamer yang lalu dan mereka mengatakan akan kembali semua pada MIHAS kali ini.
Bagaimanapun, beliau mengakui terdapat cabaran dalam menjayakan pameran itu pada tahun ini termasuk dari segi usaha promosi memandangkan MIHAS 2023 akan menjadi acara terbesar selepas pandemik COVID-19.
"Sasaran kami adalah seramai 1,500 pempamer akan menyertai MIHAS 2023, peningkatan 25 peratus berbanding tahun sebelumnya.
"Malah, untuk angka pembeli juga. Tahun lepas kita berjaya membawa masuk 200 pembeli fizikal dan tahun ini kita sasarkan 240 pembeli. Itu tidak termasuk pembeli yang kita jemput secara dalam talian," ujarnya.
Selain itu, katanya, cabaran lain adalah bagaimana untuk mendapatkan pembeli yang sebenar.
"Tahun ini, dalam usaha untuk mencapai jualan RM2.1 bilion, kita perlu membawa masuk pembeli yang sebenar," kata beliau lagi.
Tahun lalu juga, katanya, pihaknya berjaya membawa masuk lima pembeli premium dan tahun ini diharap 10 pembeli premium akan dapat memasuki MIHAS 2023.
"Jika kita berjaya mendapat mencapai sasaran pembeli sebenar dan pembeli premium itu, maka kita akan dapat peroleh sasaran jualan RM2.1 bilion," ujarnya.
Rahimah Abdullah
Tue Mar 28 2023
Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata, sasaran jualan tahun ini melebihi RM200 juta berbanding sasaran jualan MIHAS, sebanyak RM1.9 bilion tahun lalu. -Astro AWANI
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
MIHAS: Platform halal premium global catat jualan RM3.11 bilion - Tengku Zafrul
MIHAS 2023 edisi ke-19, yang merupakan pameran halal terbesar di dunia, berjaya mencatat jualan RM3.11 bilion, melebihi sasaran awal RM2.5 bilion sebanyak 24 peratus.
MIHAS 2023 capai sasaran jualan RM2.5 bilion pada hari ketiga - Matrade
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2023 telah melepasi sasaran jualannya sebanyak RM2.5 bilion pada hari ketiga, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
Makanan halal Taiwan diketengahkan pada acara MIHAS 2023
Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) mengetengahkan lapan penggiat industri halalnya pada acara tahunan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2023 yang bermula semalam.
MIHAS 2023 tumpu kepada kerjasama strategik bagi tarik penyertaan PMKS - MATRADE
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata edisi ke-19 pameran halal terbesar di dunia itu telah menarik penyertaan sebanyak 34 agensi kerajaan.
MATRADE akan perkenal Platform 'Hab Pengetahuan' pada MIHAS 2023
Platform dinamik itu bertujuan menyediakan perspektif komprehensif mengenai cabaran dan peluang dalam industri halal global.
Malaysia mampu kekal sebagai peneraju produk dan perkhidmatan halal - Tengku Zafrul
Malaysia boleh terus kekal sebagai peneraju produk dan perkhidmatan halal yang memenuhi standard kualiti tertinggi kerana negara mempunyai ekosistem dan strategi yang betul untuk meraih lebih banyak p
MIHAS 2023 sasar jualan RM2.1 bilion
Penyertaan pempamer dari China dalam bilangan yang besar menyumbang kepada peningkatan sasaran jualan MIHAS tahun ini.