BISNES
MITI, agensi laksana analisis kos-faedah bagi ART - Johari
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani ketika sesi pertanyaan-pertanyaan dan jawab lisan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama agensi di bawahnya, antaranya Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang melaksanakan analisis kos-faedah (CBA) bagi Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS).
Menterinya Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata pelaksanaan CBA turut dibantu MIDF Research dan akan mengambil tempoh antara enam hingga 12 bulan.
"Tumpuan khusus CBA akan diberikan kepada kesan eksport negara kepada AS yang bernilai RM233.1 bilion dan lebihan dagangan bernilai RM98.7 bilion," katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) mengenai langkah kerajaan melaksanakan CBA secara terperinci sebelum menandatangani ART serta agensi manakah yang terlibat melaksanakan analisis tersebut.
Dalam pada itu, Johari berkata setakat ini, Malaysia belum lagi menerima notis atau pemberitahuan rasmi daripada AS mengenai garis masa untuk meratifikasi ART.
"Sehubungan itu, kerajaan sedang meneliti semula intipati ART bagi memastikan kepentingan ekonomi negara terpelihara dan mengurangkan risiko kepada perdagangan negara," kata Johari.
Disebabkan tarif unilateral itu diadalah hak prerogatif AS, penamatan ART akan mewujudkan persekitaran ekonomi yang tidak menentu.
Pada 7Julai, 2025, MITI telah dimaklumkan berkaitan kemungkinan peningkatan kadar tarif timbal balas kepada 25 peratus dan pada Ogos 1, 2025, kadar tarif tersebut telah dikurangkan kepada 19 peratus pada Ogos 1, 2025 hasil siri rundingan MITI dengan AS.
-- BERNAMA