KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan memastikan pelaburan dan eksport terus menyokong sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada 4.0 hingga 5.0 peratus.
Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata negara merekodkan pelaburan dilulus bernilai RM71.4 bilion bagi suku pertama 2023, melonjak hampir 60 peratus tahun ke tahun.
"Dengan 1,265 projek diluluskan, kita boleh menjangka menjana 23,977 peluang pekerjaan baharu merentas sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor penting.
"Memandangkan pelaburan dan eksport adalah komponen utama KDNK kita, oleh itu kerajaan yakin dapat mencapai unjuran pertumbuhan KDNK kita bagi 2023, disokong oleh asas kukuh ekonomi Malaysia dan pelaksanaan Belanjawan 2023 menerusi agensi MITI," katanya dalam ucapan beliau semasa pelancaran Program Pembiayaan EXIM Go-Export (GEFP 2023), di sini, hari ini.
Tengku Zafrul berkata menerusi Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030), kementerian itu akan menerajui perubahan institusi dan merangka dasar kukuh untuk membantu industri membina daya tahan.
Beliau berkata MITI bekerjasama rapat dengan agensinya dan institusi utama, seperti Bank Negara Malaysia dan Bank Dunia, untuk merombak rangka kerja perindustrian, yang merangkumi beberapa strategi.
"Pertamanya, kami sedang mencari jalan untuk membantu menambah baik tahap teknologi industri dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kita untuk mempersiapkan diri mereka sendiri dan membina daya tahan.
Menurutnya, MITI akan akan berusaha memastikan agensi awam dan syarikat sektor swasta untuk meningkatkan tahap teknologi dengan segera dan sewajarnya bagi memupuk DNA inovasi lebih dinamik dan PKS Malaysia yang bersiap siaga.
Kedua, katanya, NIMP 2030 juga menyasar untuk melindungi daya tahan ekonomi dan keterangkuman, antara lainnya, membangunkan rantaian bekalan lebih strategik, mengukuhkan kluster industri dan memperkasa pemprosesan tani halal.
Tengku Zafrul berkata PKS juga akan banyak dilibatkan dalam semua projek dalam teras ini.
"Ketiga, PKS juga akan dibangunkan dengan kukuh menerusi dorongan daripada dasar kita untuk mencapai sasaran sifar bersih Malaysia menjelang 2050.
"Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan matlamat 'hijau' berkaitan adalah pertimbangan asas bagi kerangka kerja dan dasar perindustrian baharu kita untuk matlamat penyahkarbonan ekonomi kita," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, MITI juga akan memastikan PKS menjadi sebahagian daripada projek, sebagai contoh, tenaga boleh baharu, peralihan karbon rendah, ekonomi sirkular serta pemerangkapan, penggunaan dan simpanan karbon.
"Pelancaran Program Penghijauan Rantaian Nilai (GVC) yang baru dilancarkan dengan sokongan Bank Negara Malaysia (BNM) dan rakan strategik, merupakan contoh yang baik bagaimana ekosistem kerajaan memberi dorongan kepada pengurusan pelepasan karbon dalam kalangan PKS kita," katanya.
Program Pembiayaan EXIM Go-Export, yang dibangunkan oleh EXIM Bank Malaysia, menyokong PKS dan pelanggan korporat untuk mendapatkan pembiayaan bagi perniagaan mereka dalam bidang seperti pembangunan eksport, teknologi hijau dan ekosistem rantaian bekalan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 12 2023
Tengku Zafrul berkata negara merekodkan pelaburan dilulus bernilai RM71.4 bilion bagi suku pertama 2023, melonjak hampir 60 peratus tahun ke tahun. - Gambar fail/Bernama
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Nilai tambah KDNK sektor pembuatan naik 5.5 peratus suku ketiga 2024 - MITI
Nilai tambah Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) bagi sektor pembuatan meningkat kepada RM97.4 billion pada suku ketiga 2024.
Segmen E&E catat pelaburan direalisasikan sebanyak RM4.8 bln sehingga Jun 2024 - MITI
Prestasi pelaburan tersebut bersamaan 69.5 peratus daripada nilai pelaburan yang direalisasikan untuk sektor perkilangan.
Belum ada cadangan untuk Malaysia sertai New Development Bank setakat ini - MITI
Sekiranya terdapat keperluan menyertai NDB, Malaysia perlu bersedia untuk menyumbang kepada institusi kewangan itu.
MITI sedia kukuhkan rantaian bekalan global melalui ekonomi ASEAN - Tengku Zafrul
Malaysia sedang berusaha untuk menyelaraskan dirinya dengan visi rantau itu yang lebih besar dalam menarik pelaburan yang tepat ke Asia Tenggara.
Kerajaan optimis sasaran pelaburan SSN akan tercapai - MITI
Pada 2023, sektor semikonduktor menyumbang 82 peratus daripada RM84.5 bilion jumlah pelaburan yang diluluskan bagi projek E&E.
Malaysia pertimbang sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor - Tengku Zafrul
Malaysia sedang menilai keperluan untuk mengadakan sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor tempatan dan antarabangsa.
Kerajaan beri insentif bagi pembangunan infrastruktur pengecas EV - MITI
Kerajaan kekal memberikan insentif untuk pembangunan infrastruktur pengecas kenderaan elektrik (EV) walaupun tidak dinyatakan secara khusus di dalam Belanjawan 2025.
MITI umum laporan mengenai impak kapasiti berlebihan produk China tidak lama lagi - Liew
MITI akan mengumumkan hasil laporan mengenai impak kapasiti berlebihan dari China terutama dalam industri besi dan keluli tidak lama lagi.
Malaysia dan Peru kukuhkan kerjasama ekonomi terutama dalam sektor halal
Menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) terbaru, Malaysia akan menyokong usaha Peru untuk membangunkan rangka kerja pensijilan halal.
Pendekatan MITI di APEC pastikan yang berdaya tahan - Tengku Zafrul
Pendekatan strategik MITI di AELW APEC ke-31 2024 termasuk untuk memastikan ekonomi global yang berdaya tahan dan inklusif.