awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MITI dan KPKK berbincang perkasa industri batik

Bernama
Bernama
21/03/2013
04:31 MYT
MITI dan KPKK berbincang perkasa industri batik
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan berbincang dengan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) bagi mencari jalan untuk memperkasakan industri batik di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata beliau akan bertemu Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim membincangkan pelbagai perkara berhubung industri itu yang kini memerlukan perhatian pelbagai pihak untuk memperkembangkannya terutama ke luar negara.
"Saya akan berbincang dengan Rais iaitu menteri yang bertanggung jawab kepada kraftangan bagi kita mendalami beberapa isu industri itu."
"Industri batik kini memerlukan perhatian serius dan pelan strategik yang mantap terutama menjelang 2020," katanya kepada pemberita pada majlis dialog dan makan malam bersama penggerak industri batik Kelantan di Kota Baharu, Rabu malam.
Mustapa berkata antara perkara yang dibangkitkan dalam majlis dialog itu ialah mengenai harga kain putih yang turun naik termasuk mendapatkan bekalan seperti kain, pewarna, ubat, masalah alam sekitar dan pemasaran.
"Kita sedar jumlah eksport batik ke luar negara masih kecil, yang hanya bernilai sekitar RM160 juta setahun disebabkan masalah persaingan sengit dengan negara pengeluar batik lain," katanya.
Beliau khuatir jika masalah itu tidak ditangani segera, industri batik akan terus malap yang akhirnya banyak pengusaha gulung tikar.
Katanya, kementeriannya ketika ini telah membawa beberapa pengusaha industri itu untuk bersama-sama ke beberapa negara luar bagi mempromosikan batik.
Terbaharu, para pengusaha di Kelantan telah dibawa bersama pada misi pelaburan dan pelancongan ke Singapura, awal bulan lalu yang mendapat perhatian daripada peminat batik di negara itu.
"InsyaAllah, kita akan bawa mereka lagi untuk bersama-sama ke negara lain selepas ini dan kita yakin industri batik bukan akan terus bertahan malah akan berkembang kukuh," katanya.
Mustapa mengharapkan para pengusaha dapat mempertingkatkan lagi kualiti batik dan mempelbagai rekaan agar mendapat perhatian pihak di luar negara.
Lebih 100 pengusaha industri batik Kelantan hadir pada majlis itu dan pada sesi dialog selepas itu ada pengusaha yang mahukan Tourism Malaysia mempromosi batik dengan lebih giat lagi.
Di Kelantan terdapat lebih 400 pengusaha batik yang berdaftar namun yang aktif meneruskan industri itu dianggarkan seramai 150 pengusaha sahaja.
Topic Berkaitan
#batik
#Datuk Seri Dr Rais Yatim
#Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
#Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
#kpkk
#MITI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan