awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan jangka defisit fiskal susut kepada 3.5 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
MARA tidak kompromi, sorok sebarang isu integriti petugasnya - Asyraf Wajdi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MITI jangka angka perdagangan Malaysia pada April bertambah baik

Bernama
Bernama
07/05/2019
07:02 MYT
MITI jangka angka perdagangan Malaysia pada April bertambah baik
ONG: Sebarang kesan negatif terhadap perdagangan antara AS dan China akan memberi kesan negatif jangka panjang kepada perdagangan Malaysia secara keseluruhan. - Bernama
Angka perdagangan Malaysia pada April dijangka bertambah baik walaupun ketegangan perdagangan global semakin buruk, khususnya antara Amerika Syarikat (AS) dan China, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming.
"Terdapat sedikit penurunan dalam prestasi keseluruhan import dan eksport Malaysia, tetapi kami mengambil perhatian bahawa kadar penurunan perdagangan pada Februari lebih tinggi daripada Mac, apabila kita lihat pada perbandingan tahun ke tahun, Mac bertambah baik berbanding Februari.
"Itu mungkin menandakan angka perdagangan mungkin bertambah baik lagi pada April," katanya pada sidang media selepas melancarkan SEMICON Asia Tenggara 2019 di sini, pada Selasa.
Ong menjelaskan kenyataan terbaru Presiden AS Donald Trump berhubung rundingan perdagangan tidak akan menjejaskan jumlah sebenar perdagangan Malaysia bagi jangka pendek.
"Untuk impak selanjutnya ke atas Malaysia, kami perlu tunggu dan lihat apa dasar sebenar akan diumumkan oleh kerajaan AS dan kerajaan China daripada perspektif tarif," katanya.
Reaksi pasaran merupakan jangka pendek dan jika esok China dan AS mengumumkan resolusi positif, pasaran akan meningkat, katanya.
Eksport Malaysia merosot 0.5 peratus kepada RM84 bilion pada Mac 2019 daripada setahun sebelumnya berikutan jualan produk elektrik dan elektronik dan barang berasaskan komoditi negara berkurangan.
Perdagangan negara pada Februari 2019 menyusut 7.2 peratus kepada RM122.15 bilion berbanding pada Februari 2018.
Ong berkata dalam jangka masa panjang, ketegangan berlarutan antara dua ekonomi besar itu adalah tidak positif kepada Malaysia kerana negara amat bergantung kepada perdagangan dengan kedua-dua negara.
"Sebarang kesan negatif terhadap perdagangan antara AS dan China akan memberi kesan negatif jangka panjang kepada perdagangan Malaysia secara keseluruhan. Kami berharap akan ada keputusan positif supaya perang tarif ini dapat dielakkan, "katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia Datuk Azman Mahmud berkata agensi itu mengharapkan pelaburan yang diluluskan bernilai RM13 bilion dalam segmen elektrik dan elektronik untuk 2019.
"Angka itu berdasarkan pada pelaburan domestik dan asing dan sama ada ketegangan perdagangan antara AS dan China masih merupakan isu yang berlarutan, tetapi kami tidak dapat meramalkan masa depan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angka perdagangan
#Asia Tenggara
#Donald Trump
#ekonomi
#malaysia import dan eksport
#Ong Kian Ming
#presiden as
#semicon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan