awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
Pembekal utama bot bagi ribuan penyeberangan Selat Inggeris dipenjarakan
Bangladesh gesa ICC ambil serius kebimbangan keselamatan Piala Dunia T20
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MITI lancar pameran maya #MyAPEC2020

Hilmi Malik
Hilmi Malik
07/09/2020
06:08 MYT
MITI lancar pameran maya #MyAPEC2020
Majlis pelancaran yang diadakan baru-baru ini turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MOU) melibatkan MATRADE dan juga Fusionex yang merupakan rakan teknologi bagi pameran #MyAPEC2020. - Foto Astro AWANI
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menganjurkan pameran #MyAPEC2020 yang berlangsung sehingga 31 Disember.
Pameran itu yang julung kali diadakan di Malaysia akan tertumpu ke arah pembangunan semula ekonomi selari dengan era digital yang kini lebih mendapat tempat terhadap syarikat susulan situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara.
Timbalan Menterinya, Datuk Lim Ban Hong berkata, Malaysia memerlukan penglibatan syarikat perniagaan di Malaysia menggunakan platform digital dengan secara serius apabila melihat kepada situasi COVID-19.
“Pameran tersebut bukan hanya membuka peluang perniagaan malah turut memberi pendedahan secara meluas bagi mengadaptasi era digital di kalangan mereka.
“Pameran seperti ini julung kali diadakan di Malaysia dan ini merupakan salah satu usaha untuk kita mengikuti transformasi teknologi,” katanya, ketika berucap sempena pelancaran pameran tersebut di MITEC di ibu negara, baru-baru ini.
#MyAPEC2020 melibatkan lebih 300 peserta daripada Malaysia dan juga luar negara yang bakal menampilkan beberapa produk yang antaranya merangkumi teknologi, perubatan, perkhidmatan profesional dan logistik.
Majlis pelancaran tersebut turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MOU) melibatkan MATRADE dan juga Fusionex yang merupakan rakan teknologi bagi pameran #MyAPEC2020.
Topic Berkaitan
#APEC 2020
#COVID19
#ekonomi
#Lim Ban Hong
#Malaysia
#Matrade
#MITI
#MoU
#MyAPEC2020
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan