SAMARKAND: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri kini sedang dalam usaha merangka strategi untuk mempelbagaikan perdagangan dengan menumpukan kepada negara-bukan tradisi bagi menangani cabaran era globalisasi.
Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata dengan cabaran geopolitik yang mengurangkan jumlah perdagangan global, kementerian itu kini memfokuskan kepada negara di rantau Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah.
"Ini memang strategi kita. Rakan terbesar (bagi perdagangan) adalah China diikuti Amerika Syarikat (AS). Kita lihat tahun lepas semua menurun..perdagangan global bersama negara-negara besar dunia. Namun (perdagangan dengan) negara Asia Tengah, Afrika dan Amerika Selatan pula naik.
"Itu adalah sebahagian daripada dasar pempelbagaian perdagangan kita (fokus kepada negara bukan tradisi). Kita perlu menumpu untuk mempelbagaikan perdagangan kita bukan pada pasaran tradisional tetapi juga pada pasaran baharu kerana itulah pertumbuhan yang akan berlaku. Kita perlu merancang sekarang untuk masa hadapan," katanya kepada media Malaysia ketika ditemui selepas Forum Perniagaan Peringkat Tertinggi Uzbekistan-Malaysia di Silk Road Samarkand Complex, di sini.
Beliau berada di Uzbekistan bagi mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan lawatan rasmi ke tiga negara Asia Tengah bermula 14 hingga 19 Mei. Sebelum itu Perdana Menteri melawat Kyrgyzstan dan Kazakhstan.
Tengku Zafrul berkata ketiga-tiga negara Asia Tengah itu adalah negara yang sedang pesat membangun dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mereka berkembang lebih kukuh dan pantas walaupun ketika ini ekonomi mereka masih kecil berbanding Malaysia.
"Pertumbuhan ekonomi mereka besar. Dalam soal perdagangan, bukan hanya syarikat besar tetapi syarikat PKS (perusahaan kecil dan sederhana) kita juga dapat menyertai dalam pertumbuhan ekonomi," katanya.
Menurutnya, lawatan Perdana Menteri ke ketiga-tiga negara Asia Tengah itu menjana komitmen eksport produk Malaysia berjumlah kira-kira RM3.1 bilion meliputi RM700 juta di Kyrgyzstan, RM1.7 bilion di Kazakhstan dan RM710 juta di Uzbekistan.
Pada 2023, jumlah perdagangan Malaysia-Kyrgyzstan mencecah RM162.3 juta (AS$36.35 juta) meningkat 312.6 peratus daripada 2022. Pada tahun yang sama Malaysia mengeksport barangan bernilai RM161.1 juta (AS$36.09 juta) ke Kyrgyzstan.
Perdagangan Malaysia dengan Kazakhstan pula berjumlah RM474.5 juta (AS$104.2 juta), dengan nilai eksport barangan Malaysia berjumlah RM465.6 juta (AS$102.2 juta) manakala import dari Kazakhstan bernilai RM8.9 juta (AS$1.9 juta).
Pada 2023, jumlah perdagangan Malaysia-Uzbekistan mencecah RM451.1 juta (AS$94.03 juta), dengan eksport berjumlah RM449 juta (AS$93.6 juta) dan import sebanyak RM1.99 juta (AS$414,518).
Mengenai kerjasama pelaburan dengan ketiga-tiga negara Asia Tengah tersebut, Tengku Zafrul berkata memandangkan KDNK Malaysia 10 kali ganda lebih besar daripada Kazakhstan dan empat kali ganda berbanding Uzbekistan, negara-negara terbabit lebih berharap untuk Malaysia membuat pelaburan di negara mereka dan bukan sebaliknya.
"Sama seperti negara maju lain yang datang ke Malaysia (untuk melabur) dengan pemikiran yang sama," katanya.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata Perdana Menteri mahu agar Malaysia lebih agresif memasarkan produk halal, yang bukan hanya menumpukan kepada produk makanan dan minuman semata-mata tetapi keseluruhan industri halal.
"Kita kena pertingkatkan lagi peranan Malaysia mengembangkan industri halal dan bawa syarikat Malaysia melabur di sini (negara terlibat) dan dan buka akses untuk eksport. Tetapi kena ada pemahaman standard untuk industri halal itu setaraf dengan yang ada di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 19 2024
Tengku Zafrul berkata, dengan cabaran geopolitik yang mengurangkan jumlah perdagangan global, MITI kini memfokuskan kepada negara di rantau Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah. - Gambar fail
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Sektor perdagangan borong, runcit cecah RM150 bil pada Okt 2024 - DOSM
Menurut DOSM, pertumbuhan ini melebihi 5.0 peratus kenaikan pada bulan September, memberi isyarat akan daya tahan sektor itu dalam persekitaran ekonomi yang stabil.
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.
Vietnam, Malaysia miliki potensi besar untuk kerjasama perdagangan
Kedua-dua negara dapat memanfaatkan perjanjian perdagangan serantau seperti RCEP dan CPTPP bagi meningkatkan hubungan dagangan mereka.
Forum Perniagaan Rusia-ASEAN: Perkukuh kedudukan Rusia dalam pasaran Asia Tenggara
Forum Perniagaan Antarabangsa 'Dunia Peluang: Rusia-ASEAN yang julung kali diadakan di sini berjaya mengukuhkan lagi kedudukan Rusia sebagai pemain utama dalam perdagangan Asia Tenggara.
Forum Perniagaan Antarabangsa Rusia-ASEAN tindakan susulan lawatan PM Anwar ke Vladivostok
Rusia terus berhubung dengan Malaysia untuk menganjurkan forum itu bagi membincangkan aspek yang disentuh semasa lawatan Perdana Menteri ke Rusia.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Malaysia-New Zealand sepakat tingkat perdagangan, pelaburan kepada 50 peratus
Perkara itu dicapai hasil pertemuan singkat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatnya dari New Zealand, Christopher Luxon.
Lawatan PM Anwar ke Brazil perkukuh hubungan diplomatik 65 tahun, tingkatkan perdagangan
Lawatan kerja itu terdiri daripada dua komponen utama - pertemuan dua hala dengan Presiden Brazil dan penyertaan dalam Sidang Kemuncak G20.