GEORGE TOWN: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengunjurkan negara mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan lebih tinggi pada 2021 berbanding angka pada tahun lepas.
Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata terdapat tanda-tanda positif ekonomi ini berada di fasa pemulihan dan pakej rangsangan ekonomi kerajaan juga menunjukkan hasil yang baik.
"Saya dimaklumkan sehingga suku kedua 2021, kita telah mencatatkan hampir RM100 bilion dari segi nilai pelaburan yang diluluskan (dalam pembuatan, perkhidmatan sektor utama).
"Saya optimis menjelang akhir tahun ini, kita akan mampu meraih paras pelaburan yang amat mengagumkan, termasuk daripada pelaburan langsung asing (FDI)," katanya kepada pemberita di sini, pada Khamis.
Pada 2020, Malaysia merekodkan nilai pelaburan yang diluluskan berjumlah RM164 bilion dalam situasi pandemik di seluruh dunia, dengan pelaburan langsung domestik (DDI) menyumbang 60.9 peratus (RM99.8 bilion) dan FDI meningkat 39.1 peratus (RM64.2 bilion).
Tanpa mendedahkan nama firma atau industri itu, beliau berkata kali ini adalah oleh sebuah syarikat di China.
Beliau mengulangi mahu menyaksikan lebih banyak pelaburan bernilai tinggi masuk ke Malaysia dan bukan yang berintensifkan buruh.
"Saya tidak mahu industri berintensifkan buruh datang ke Malaysia, kerana peserta tempatan kita memiliki potensi dan kita seharusnya membangunkan bakat ini. Kita perlu membangunkan kemahiran mereka dengan kemahiran baharu dan tambahan untuk meningkatkan produktiviti supaya Malaysia boleh bersaing dalam pasaran global," katanya.
Beliau mencari pelaburan bernilai tinggi dalam bidang baharu seperti teknologi tinggi, teknologi hijau, industri solar, kenderaan elektrik dan tenaga boleh baharu memandangkan semua bidang itu mampu meningkatkan kapasiti pekerja warga Malaysia.
"Negara ini komited menyediakan keperluan dan kelengkapan baharu kepada pelabur. Tekad negara dalam mendapatkan teknologi terkini terbukti menjadi kelebihan utama bagi pengeluar di negara ini.
"Saranan nilai unik sebagai pelaburan berteknologi tinggi dan hab operasi global akan menarik aliran mampan aktiviti pelaburan berkualiti ke negara ini," katanya.
Terdahulu, Mohamed Azmin, yang dalam rangka lawatan sehari di Pulau Pinang, telah melawat dua pusat pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) COVID-19.
Beliau juga melawat pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan pejabat MITI di negeri ini serta syarikat Intel Technology Sdn Bhd dan Jabil Circuits Sdn Bhd di Bayan Lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 17 2021
Mohamed Azmin berkata terdapat tanda-tanda positif pakej rangsangan ekonomi kerajaan menunjukkan hasil yang baik. - Foto BERNAMA
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
MITI optimis Korea Selatan bakal jadi antara sumber utama FDI ke Malaysia - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) optimis Korea Selatan akan meningkatkan kedudukannya sebagai antara sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia tidak lama lagi.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
MITI, KUSKOP nilai isu kekurangan penyertaan syarikat bumiputera dalam sektor pembuatan
MITI melalui agensinya bekerjasama dengan KUSKOP dalam menilai isu kekurangan penyertaan syarikat bumiputera terutama dalam sektor pembuatan.
Syarikat Malaysia perlu labur dalam industri semikonduktor, lonjak jejak global
Syarikat-syarikat Malaysia digesa mempertimbang usaha melabur dalam industri semikonduktor.
Perdagangan Malaysia bagi Feb 2024 tumbuh 3.3 peratus, cecah RM211.79 bilion - MITI
Eksport berkurangan secara marginal sebanyak 0.8 peratus kepada RM111.33 bilion manakala import sebaliknya meningkat 8.4 peratus kepada RM100.46 bilion.