BISNES
MOF beri kemudahan pihak industri dalam tempoh peralihan perubahan SST
Kerajaan memberi kemudahan kepada penyedia perkhidmatan bercukai susulan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa mulai 1 Julai lalu, bagi memastikan kelancaran pelaksanaan peraturan cukai berkenaan.
KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi kemudahan kepada penyedia perkhidmatan bercukai susulan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa mulai 1 Julai lalu, bagi memastikan kelancaran pelaksanaan peraturan cukai berkenaan.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas industri berhubung cabaran mematuhi semua keperluan operasi di bawah perubahan SST, sekali gus menyediakan tempoh peralihan kepada pihak industri.
"Bagi pembekal perkhidmatan baharu yang memerlukan masa tambahan untuk menyiapkan sistem pematuhan, kerajaan membenarkan penyata cukai dikemukakan secara manual dari 1 Julai hingga 30 September 2025.
"Walau bagaimanapun, Cukai Perkhidmatan (CP) tetap wajib dikenakan dan dipungut sepanjang tempoh itu," katanya pada Jumaat.
Sementara itu, MOF turut memaklumkan, pendaftaran awal pengilang secara sukarela di bawah Cukai Jualan telah dibuka oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Kementerian itu berkata, pengilang yang telah berdaftar diwajibkan mengutip Cukai Jualan (CJ) mulai 1 Julai 2025, selain layak memohon pengecualian bahan mentah yang digunakan dalam pengilangan barangan bercukai.
"Dalam pada itu, syarikat yang telah memperoleh pengecualian CJ melalui Jawatankuasa Pengecualian Cukai (JPC), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sebelum 1 Julai 2025 juga terus menikmati pengecualian tersebut tertakluk kepada tempoh dan syarat yang telah ditetapkan," ujarnya.