BISNES
MoF lantik Ahmad Hizzad sebagai Pengerusi Labuan FSA
Pelantikan Ahmad Hizzad berasaskan pengalaman selama 32 tahun di Bank Negara Malaysia (BNM). - Foto Labuan FSA
LABUAN: Kementerian Kewangan (MoF) melantik Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin sebagai Pengerusi Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) bagi tempoh dua tahun mulai 15 Nov, 2025 hingga 14 Nov, 2027.
Ringkasan AI
Ahmad Hizzad kini merupakan Pengerusi FWD Takaful Bhd dan KAF Digital Bank Bhd serta menganggotai lembaga pengarah Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank).
Pelantikan beliau berasaskan pengalaman selama 32 tahun di Bank Negara Malaysia (BNM), dan sepanjang tempoh itu beliau memegang pelbagai jawatan kanan dalam bidang Perbankan dan Takaful Islam, Pembangunan Sektor Kewangan, serta Sistem dan Instrumen Pembayaran.
Ahmad Hizzad juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Gabenor BNM dari 2014 hingga bersara pada 2018.
Di samping itu, beliau pernah memegang beberapa jawatan kepimpinan utama, termasuk pengerusi Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dan Mizuho Bank (Malaysia) Bhd, selain pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Labuan FSA dari 2011 hingga 2017.
Ahmad Hizzad memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari St. Louis University dan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan dari Eastern Illinois University, kedua-duanya di Amerika Syarikat.
Sementara itu, dalam satu kenyataan kepada Bernama, Ketua Pengarah Labuan FSA Affendi Rashdi berkata pengalaman luas Ahmad Hizzad di BNM serta kepimpinan beliau sebelum ini di Labuan FSA memberinya pemahaman mendalam terhadap industri kewangan di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC).
"Pengetahuan dan pengalaman luas beliau menjadikannya calon yang amat sesuai untuk mempengerusikan Labuan FSA. Pengurusan Labuan FSA menantikan bimbingan beliau dalam meneruskan agenda pertumbuhan dan pembangunan Labuan IBFC," katanya.
Labuan FSA turut merakamkan penghargaan kepada Datuk Wan Mohd Fadzmi Che Wan Othman Fadzilah, pengerusi terdahulu yang bersara pada 2024, atas kepimpinan dan sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) selama dua tahun bermula 15 Nov 2025, berdasarkan pengalaman 32 tahun di Bank Negara Malaysia (BNM) dan pelbagai jawatan kanan dalam sektor kewangan.
- Ahmad Hizzad pernah berkhidmat sebagai Penolong Gabenor BNM dari 2014 hingga 2018, serta memegang jawatan kepimpinan utama termasuk sebagai Ketua Pengarah Labuan FSA dari 2011 hingga 2017, dengan ijazah sarjana dari St. Louis University dan Eastern Illinois University di Amerika Syarikat.
- Ketua Pengarah Labuan FSA, Affendi Rashdi, menyatakan bahawa pengalaman luas Ahmad Hizzad memberinya pemahaman mendalam tentang industri kewangan di Labuan IBFC, serta pengurusan Labuan FSA berharap beliau akan membimbing agenda pertumbuhan dan pembangunan Labuan IBFC.