KUALA LUMPUR: Moratorium pinjaman kepada semua perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) serta isi rumah B40 dan M40 selain moratorium bersasar sekurang-kurangnya tiga bulan atau pengurangan bayaran pinjaman 50 peratus selama enam bulan kepada individu, adalah diperlukan bagi memastikan jaringan keselamatan sosial dan perniagaan.
Menurut EMIR Research, sambutan hebat dari segi permohonan serta manfaat bantuan itu kepada banyak pihak berikutan prospek ekonomi yang dijangka mencabar, menunjukkan moratorium pinjaman perlu dilanjutkan kepada moratorium menyeluruh sehingga enam bulan.
"Sasarannya adalah untuk menyediakan jaringan keselamatan kepada mereka yang berisiko terhadap penutupan aktiviti ekonomi dan pengangguran yang berpanjangan," menurut kumpulan pemikir itu dalam nota penyelidikan hari ini bertajuk 'Exit Strategy Building Blocks for Malaysia,' bahagian pertama.
Menurutnya, moratorium sebenar yang membantu peminjam sewajarnya tidak mempunyai ruang untuk amalan mengenakan faedah tambahan sepanjang tempoh moratorium dengan pelunasan semula jadual bayaran pinjaman sebaik sahaja moratorium berakhir.
Di bawah amalan ini, jumlah kutipan bahagian faedah atau keuntungan yang diketepikan bank semasa tempoh moratorium telah ditambahkan kepada baki awal, menyebabkan jumlah ansuran bulanan adalah lebih tinggi berbanding semasa pra-moratorium, katanya.
"Perlu ditegaskan bahawa peminjam tidak ingkar untuk membayar pinjaman mereka -- bayaran hanyalah ditangguhkan - dan dengan syarat peminjam menyambung semula dan menamatkan semua bayaran mereka mengikut jadual, bank tidak akan kehilangan untung sebenar mereka.
"Bagaimanapun, bank akan mencatatkan beberapa kerugian perakaunan disebabkan penilaian semula pinjaman yang belum dilunaskan," menurut EMIR Research.
Di bawah Standard Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS 9), bank perlu menunjukkan nilai saksama pinjaman dalam buku mereka berdasarkan formula nilai kini (PV).
Sehubungan itu, nilai saksama bagi pinjaman belum lunas akan dikurangkan berikutan tempoh yang baharu dilanjutkan susulan moratorium, dan bank akan mengalami kerugian dari segi PV dengan menangguhkan kutipan mereka untuk tempoh yang lebih lewat.
Menerima bayaran balik lebih lewat daripada yang dijadualkan sebelum ini boleh menjejaskan nisbah kecukupan modal bank kerana ia perlu meningkatkan peruntukannya untuk pinjaman yang dijangka gagal dibayar, sekali gus mewujudkan kos lepas kepada bank.
"Pada 2019, perlindungan kerugian pinjaman adalah 90 peratus dan pada 2020 pula, ia meningkat kepada 140 peratus. Bagaimanapun, ia tidak mempengaruhi keuntungan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 28 2021
Sambutan hebat dari segi permohonan serta manfaat bantuan itu kepada banyak pihak berikutan prospek ekonomi yang dijangka mencabar, menunjukkan moratorium pinjaman perlu dilanjutkan kepada moratorium menyeluruh sehingga enam bulan. - Gambar fail
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Malaysia mampu jadi negara maju seperti Korea Selatan - Emir Research
Malaysia mampu mencapai tahap negara maju seperti Korea Selatan dalam tempoh lima hingga lapan tahun akan datang kerana mempunyai sumber alam dan tenaga yang mencukupi untuk memperkasa Ekonomi MADANI.
Keputusan siasat Malaysia rugi RM4.5 trilion langkah tepat
Siasatan adalah langkah tepat berikutan setiap RM1 yang dibelanjakan mesti mempunyai hasil dan impak diinginkan kepada rakyat dan negara.
[KOLUMNIS] Pelancaran 5G Malaysia: Hala tuju yang terbaik
MNO akan memaksimumkan kecekapan dengan memanfaatkan aset sedia ada, kepakaran dan ekosistem rakan kongsi untuk memberi impak kos terbaik kepada Rakyat.
Kerajaan perpaduan perlu tangani segera isu ekonomi - Emir Research
Isu peningkatan kos sara hidup, hala tuju pendidikan negara serta jaminan sektor pekerjaan perlu terus diberikan penekanan.
Malaysia rugi RM3 trilion akibat rasuah
Jumlah RM3 trilion itu mewakili hingga empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sejak tahun 1997.
Pembukaan semula sekolah pada September sangat berisiko - EMIR Research
Ahmad Ameen berkata golongan berusia bawah 18 tahun, iaitu hampir 30 peratus penduduk Malaysia, adalah kumpulan terbesar tanpa perlindungan.
Moratorium menyeluruh enam bulan diperlukan bagi jaringan keselamatan sosial, perniagaan - EMIR Research
Moratorium pinjaman kepada semua perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) serta isi rumah B40 dan M40 selain moratorium bersasar adalah diperlukan.
[KOLUMNIS] Patologi penolakan Zionis
Yahudi yang berhijrah ke Palestin di bawah panji Zionisme adalah pendatang asing.
[KOLUMNIS] Reformasikan budaya pendanaan politik kita agar lebih telus
Satu isu yang belum mendapat perhatian sewajarnya adalah hubungan antara badan amal atau badan sosial dengan penaung politik mereka.
COVID-19: Tiada politik, tumpuan sepenuhnya kepada pandemik dan pemulihan ekonomi - EMIR Research
EMIR Research dalam kenyataan menggariskan beberapa perkara yang boleh dilakukan kerajaan.