KUALA NERUS: Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (MPIC) terus menggalakkan penduduk tempatan khususnya golongan belia menceburkan diri dalam sektor perladangan.
Menterinya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata pihaknya sentiasa membuka ruang dan peluang bagi golongan itu menyertai bidang berkenaan dengan pelbagai kelebihan yang menanti.
Katanya, ini adalah peluang keemasan terutamanya kepada mereka untuk bekerja.
"Anak muda yang mungkin tidak ada peluang untuk pendidikan akademik yang tinggi dan mereka terpaksa bekerja di pelbagai sektor, kita menyatakan peluang untuk mereka ialah di sektor perladangan dengan pendapatan boleh menjangkau RM3,000 dengan disediakan penempatan yang baik dan keselesaan persekitaran hidup yang baik," katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga giat mengadakan kempen bagi menarik minat penduduk tempatan mengisi kekosongan jawatan dalam sektor berkenaan.
Justeru, bagi mereka yang berminat untuk mengisi kekosongan itu boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman web kementerian, syarikat-syarikat perladangan negara atau melalui JobsMalaysia.
Sementara itu, Khairudin berkata kementeriannya turut memohon untuk mendapatkan 32,000 pekerja asing sebagai penuai buah sawit tidak lama lagi.
Jelasnya pihaknya kini sedang menunggu keputusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Sumber Manusia.
Nur Fazlizai Ali
Sat Apr 24 2021
Dr Mohd Khairuddin berkata pihaknya sentiasa membuka ruang dan peluang bagi golongan itu menyertai bidang berkenaan dengan pelbagai kelebihan yang menanti. - Foto BERNAMA
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Kaji semula tanah pertanian di Malaysia bagi tingkatkan sektor makanan - Pakar ekonomi
Mohd Afzanizam berkata, pertanian vertikal membantu meminimumkan penggunaan tanah dan membolehkan penanaman dengan lebih mampan.
Industri perkayuan Sarawak kekurangan buruh - STA
Lau berkata jika situasi ini tidak ditangani, ia akan mendatangkan risiko besar kepada kesinambungan operasi ahli-ahlinya.
Kemasukan pekerja asing ke dalam industri perladangan sawit dijangka jana pendapatan RM4 bilion - MPOA
Industri minyak sawit Malaysia dijangka menjana pendapatan RM4 bilion jika separuh daripada 40,000 pekerja asing yang dinyatakan diperlukan sektor itu diberikan kerja-kerja penuaian.
Fadillah saran belia dalam sektor perladangan lakukan penyelidikan
Dengan penyelidikan, para peladang bukan saja mampu mengendali teknologi sedia ada malah mereka juga berupaya mencipta teknologi baharu.
Kerajaan giat promosi getah, bantu tingkatkan permintaan tempatan
Kerajaan juga telajh memperkenalkan Dasar Bahan, Barangan dan Perkhidmatan Tempatan Dalam Perolehan Kerajaan.
MPC, Pemudah jalin kerjasama pacu inovasi dalam industri perladangan
MPC juga mengenal pasti penerimagunaan teknologi dan tenaga mahir sebagai pengganda utama bagi keberkesanan produktiviti.
Kerjasama wujudkan dasar lebih strategik bagi pekebun kecil
KPK akan memastikan program serta aktiviti yang lebih tuntas dilaksanakan agar dapat meringankan beban golongan tersebut.
FGV kembali untung selepas margin yang lebih tinggi dalam produk sawit
Keuntungan ini disumbangkan oleh margin produk sawit, segmen hiliran, perniagaan baja dan logistik yang lebih tinggi.
Penganalisis kekal positif terhadap sektor perladangan
Jurang harga minyak kacang soya-minyak sawit juga akan menjadikan minyak sawit dilihat lebih menarik.
Nanas bantu penduduk Iban di perkampungan Muara Payang tambah pendapatan
Sehingga kini, hampir semua 11 keluarga yang mendiami kampung itu terlibat dengan penanaman nanas jenis (baka) Sarikei.