BISNES
MRANTI lantik Ashran Ghazi sebagai CEO baharu
Ashran akan memimpin misi MRANTI untuk mempercepat pembangunan inovasi teknologi daripada idea kepada impak. - Foto MRANTI
KUALA LUMPUR: Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) hari ini mengumumkan pelantikan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) Ashran Ghazi sebagai CEO baharu agensi itu berkuat kuasa hari ini.
Ringkasan AI
Dalam satu kenyataan hari ini, MRANTI memaklumkan Ashran yang pernah berkhidmat sebagai CEO Dattel Asia Group akan memimpin misi agensi itu untuk mempercepat pembangunan inovasi teknologi daripada idea kepada impak.
"Beliau akan menumpukan perhatian kepada tiga bidang utama iaitu menghubungkan inovator Malaysia dengan industri, pelabur, dan sektor awam dan memperkukuh MRANTI Park sebagai nukleus inovasi nasional terutamanya dalam teknologi autonomi dan sains hayat.
"Selain itu beliau akan memimpin MRANTI untuk memanfaatkan teknologi seperti sistem kesinambungan 5G dan kecerdasan buatan (AI), disokong oleh bidang tumpuan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR), untuk merapatkan jurang pemacu sosioekonomi," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Pengerusi MRANTI Prof Dr Rofina Yasmin Othman dalam kenyataan sama berkata rekod pencapaian Ashran dalam membangunkan ekosistem inovasi, bekerjasama dengan perniagaan berasaskan data dan memperkasakan usahawan, sejajar dengan mandat MRANTI untuk menterjemah idea kepada impak untuk negara.
"Kami yakin di bawah kepimpinan beliau, MRANTI akan terus memperkukuh laluan inovasi dan pengkomersialan negara, memperdalam kerjasama dengan industri, akademia dan kerajaan selain menyokong keutamaan nasional dalam bidang teknologi berimpak tinggi terutamanya Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi, Pengkomersialan dan Impak Ekonomi (RDICE)," katanya.
Rofina berkata pelantikan Ashran juga selaras dengan usaha gigih Malaysia untuk mengkomersialkan teknologi tempatan, memupuk usaha niaga teknologi mendalam dan memposisikan negara sebagai hab inovasi serantau yang berdaya saing.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Ashran Ghazi dilantik sebagai CEO baru Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) hari ini, beliau akan menghubungkan inovator Malaysia dengan industri, pelabur, dan sektor awam.
- Fokus utama Ashran ialah memperkukuh MRANTI Park sebagai nukleus inovasi nasional dalam teknologi autonomi dan sains hayat, serta memanfaatkan teknologi seperti 5G dan kecerdasan buatan untuk merapatkan jurang pemacu sosioekonomi.
- Pengerusi MRANTI, Prof Dr Rofina Yasmin Othman, menyatakan keyakinan bahawa di bawah kepimpinan Ashran, MRANTI akan terus memperkukuh inovasi negara, memperdalam kerjasama dengan industri, akademia, dan kerajaan, serta menyokong keutamaan nasional dalam bidang teknologi berimpak tinggi.