KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd, komited untuk terus memberikan prestasi tepat masa (OTP) yang sihat dalam operasinya, memandangkan permintaan terpendam pasca COVID-19 dan musim perayaan, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Rayner Teo .
Beroperasi dalam industri yang dikawal, beliau berkata MYAirline sejak hari pertama operasinya pada 1 Disember 2022 sentiasa menekankan penyediaan kualiti yang tiada tandingan daripada segi keselamatan dan kebolehpercayaan termasuk berada dalam kedudukan terbaik dalam kelasnya untuk OTP dan pengalaman pelanggan untuk semua penumpang.
"Saya gembira untuk berkongsi bahawa kami telah mencapai 100 peratus OTP untuk beberapa kali dan kami dapat mengekalkan OTP yang sihat sehingga kini," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Teo berkata demikian bagi mengulas terhadap komen Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada hari Jumaat yang menggesa syarikat penerbangan untuk memberi tumpuan kepada operasi mereka bagi mengurangkan kelewatan penerbangan.
Bagaimanapun, beliau berkata wujud beberapa cabaran di luar kawalan seperti cuaca buruk dan kesesakan lalu lintas pesawat yang dihadapi oleh industri penerbangan dalam mengekalkan OTP yang sihat.
"Saya percaya penumpang akan memahami situasi ini, antara cabaran lain ialah beratur panjang ketika melalui proses pelepasan Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Sabah dan Sarawak, aerobridge dan ketersediaan tempat letak kereta.
Beliau berkata MYAirline mahu menyelesaikan isu-isu ini dengan agensi kerajaan yang berkaitan dan menggesa Kementerian Pengangkutan mengkaji semula perkara tersebut untuk menambah baik dan meningkatkan kualiti industri penerbangan Malaysia.
Sementara itu, syarikat penerbangan itu telah melancarkan laluan penerbangan terbaharunya yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Tawau.
Penerbangan pertama Z9 8903 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada pukul 6 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Tawau pada 8.55 pagi hari ini.
Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata laluan baharu itu merupakan penerbangan kedua ke Sabah, menawarkan penerbangan satu kali dalam sehari dan merekodkan faktor muatan melebihi 90 peratus.
"Dengan reputasi tepat masa MYAirline yang berkembang pesat dan pengalaman penumpang yang positif, pengembara boleh menjangkakan perjalanan yang selesa dan menggembirakan di laluan baharu ini dengan pesawat Airbus A320-200," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 21 2023

Rayner berkata MYAirline sentiasa menekankan penyediaan kualiti yang tiada tandingan daripada segi keselamatan dan kebolehpercayaan. - Gambar fail

Azeem Fahmi buru catatan bawah 10.20s
Pelari sensasi olahraga negara, Muhammad Azeem Fahmi, menyasarkan larian di bawah catatan 10.20 saat pada penampilan pertamanya saingan 100 meter sejak berguru di Amerika Syarikat empat bulan lalu.

Perak cadang peniaga beri diskaun galak pengguna bawa bekas makanan sendiri di bazar Ramadan
Kerajaan Negeri Perak mencadangkan peniaga menawarkan harga diskaun kepada pembeli yang membawa bekas makanan sendiri ketika membeli juadah.

'Cahaya Ramadan' di Piccadilly Circus London
Perhiasan lampu terangi Piccadilly Circus London buat kali pertama.

AWANI Ringkas: Inisiatif Payung Rahmah seimbangkan kuasa beli
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sultan Terengganu mahu masjid perbanyak aktiviti tadarus al-Quran
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan supaya semua masjid di negeri ini memperbanyakkan aktiviti tadarus al-Quran secara beramai-ramai, sepanjang bulan Ramadan.
![AWANI 7:45 [23/03/2023] – Ramadan tiba..Ramadan tiba.. | Bersihkan sistem kerajaan AWANI 7:45 [23/03/2023] – Ramadan tiba..Ramadan tiba.. | Bersihkan sistem kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015338/7699752941679576774925_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [23/03/2023] – Ramadan tiba..Ramadan tiba.. | Bersihkan sistem kerajaan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqmna Hariz Tumpuan #AWANI745 malam ini: Hari pertama puasa, apa cerita Bazar Ramadan? Tidak kira siapa terlibat, hapuskan amalan rasuah, titah Sultan Johor Lebuh raya Plus tungu masa laksana pembayaran terbuka Selepas hukuman mati mandatori, penjara seumur hidup pula dimansuhkan #AWANInews

Dua maut, lima cedera dalam kemalangan libatkan dua kenderaan
Dua wanita maut manakala lima cedera dan seorang kanak-kanak terselamat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kota Tinggi.

AWANI Ringkas: Penjara hingga 40 tahun, sebatan ganti penjara seumur hidup
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dialog Poket Rakyat: Poket raya, jangan sampai 'kering'
Impak tekanan kos sara hidup mengurangkan ‘keseronokan’ pengguna berbelanja? Inisiatif Rahmah, pengguna dan peniaga puas hati? Inisiatif Rahmah, sampai bila boleh bertahan? Dialog Poket Rakyat, Khamis 8.30 malam

Hari pertama bazar Ramadan meriah walaupun renyai
Setiap kali tibanya Ramadan antara yang menjadi tumpuan ialah bazar Ramadan, kerana pelbagai jenis juadah berbuka puasa daripada tradisional hinggalah moden boleh didapati dan dibeli.

Isu teknikal punca penerbangan lewat, dibatalkan - MYAirline
MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mengenal pasti isu teknikal dialami pesawatnya sebagai punca berlaku kelewatan serta pembatalan penerbangan.

MYAirline kini ke Miri, destinasi ketiga di Bumi Kenyalang
Pemilihan Miri sebagai destinasi terbaharu bagi syarikat itu adalah disebabkan daerah itu mempunyai daya tarikan pelancongan yang besar dan menarik selain kekuatan dari segi sektor ekonomi.

MYAirline tawar tambang serendah RM59 ke Pulau Pinang, Kota Bharu sempena Ramadan
Tambahan baharu tersedia untuk pembelian pada 27 dan 28 Februari 2023 sahaja, dengan tarikh perjalanan dari 20 Mac hingga 13 April 2023.

MYAirline berikrar untuk kekalkan prestasi operasi tepat pada masanya
Rayner berkata MYAirline sentiasa menekankan penyediaan kualiti yang tiada tandingan daripada segi keselamatan dan kebolehpercayaan.

MYAirline kini terbang ke Pulau Pinang, destinasi kedua di wilayah utara
Rayner Teo berkata selain menjadi laluan terbaharu syarikat, Pulau Pinang turut berperanan sebagai antara destinasi utama di negara ini.

MYAirline lancar penerbangan ke Langkawi, Kuching, Kota Kinabalu
Syarikat penerbangan tambang rendah baharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd bersedia untuk memulakan operasi tiga laluan pertamanya bulan depan.