awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MYAirline sedang berunding dengan dua pelabur berpotensi

Bernama
Bernama
31/10/2023
11:28 MYT
MYAirline sedang berunding dengan dua pelabur berpotensi
MYAirline Sdn Bhd hari ini berkata bahawa ia telah menerima lebih 15 cadangan daripada pelabur berpotensi, dua daripadanya berada dalam peringkat rundingan lanjutan. - Gambar fail/MYAirline
KUALA LUMPUR: MYAirline Sdn Bhd hari ini berkata bahawa ia telah menerima lebih 15 cadangan daripada pelabur berpotensi, dua daripadanya berada dalam peringkat rundingan lanjutan.
Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini berkata ia sedang berusaha sepanjang masa untuk memuktamadkan pakej permodalan semula untuk memulihkan operasinya.
"Ini juga akan memudahkan pembayaran balik wang kepada penumpang yang terjejas serta pembayaran gaji dan pembayaran yang perlu dibayar kepada pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Syarikat penerbangan tambang rendah itu juga mengulangi kenyataan bahawa ia tidak menamatkan atau mengarahkan mana-mana kakitangannya mengambil cuti tanpa gaji sejak 12 Oktober lepas sehingga sekarang.
"Kami memahami kesukaran yang dihadapi oleh kakitangan dan memberi jaminan kepada mereka bahawa MyAirline melakukan segala yang mampu untuk menangani masalah mereka. Kakitangan diminta untuk bekerjasama dengan syarikat dalam masa yang sukar ini kerana MyAirline melakukan yang terbaik untuk mereka," katanya.
MYAirline menggantung operasinya pada 12 Oktober 2023 kerana masalah kewangan.
Syarikat penerbangan itu berkata selain menubuhkan 'Tabung Ihsan' secara dalaman untuk mengutip derma untuk disalurkan kepada pekerja yang paling terjejas teruk, MYAirline juga telah membuat perjanjian dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk pekerjanya memohon Skim Insurans Pekerjaan (EIS) bagi meringankan beban kewangan mereka.
Mengenai bayaran balik untuk penumpang yang terjejas, MYAirline berkata ia telah menerima lebih 30,000 panggilan dan e-mel yang sedang ditangani oleh pasukan khidmat pelanggannya.
Syarikat penerbangan itu berkata bahawa ia bertujuan untuk membayar balik semua bayaran balik sebaik sahaja menerima pakej permodalan semula daripada pelaburnya.
"Kami akan memberi perkembangan terkini kepada penumpang yang dihargai dan pihak berkepentingan berkaitan mengenai pembayaran tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MYAirline
#pelabur berpotensi
#syarikat penerbangan
#pakej permodalan semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan