awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#MyAPEC2020: Tiga bidang keutamaan Visi Pasca-2020

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
21/02/2020
04:49 MYT
#MyAPEC2020: Tiga bidang keutamaan Visi Pasca-2020
Hairil berkata garis panduan asas yang ditetapkan adalah berteraskan kepada aspirasi bagi mewujudkan peluang yang sama kepada setiap rakyat di rantau ini. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Tiga bidang keutamaan menjadi fokus pada Mesyuarat Pegawai Kanan (SOM) Pertama, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dalam membentuk Visi APEC Pasca-2020.
Pengerusi Mesyuarat Pegawai Kanan APEC 2020, Hairil Yahri Yaacob berkata garis panduan asas yang ditetapkan adalah berteraskan kepada aspirasi bagi mewujudkan peluang yang sama kepada setiap rakyat di rantau ini.
Jelasnya, melalui tema ‘Mengoptimumkan Potensi Insan ke arah Masa Depan yang Membawa Kemakmuran Bersama’, APEC 2020 akan memfokuskan kepada aktiviti dan inisiatif yang boleh dilaksanakan ekonomi APEC secara bersama.
“SOM Pertama hari ini dan esok akan merungkai hasil dari beberapa siri perbincangan sebagai tambahan kepada agenda yang akan secara langsung mengukuhkan pelaksanaan bidang keutamaan APEC 2020.
“Ia adalah menambah baik naratif perdagangan dan pelaburan, penyertaan ekonomi inklusif menerusi ekonomi digital dan teknologi serta memandu ke arah kelestarian yang inovatif,” katanya pada pembukaan SOM Pertama APEC 2020 di sini hari ini.
Katanya lagi, beberapa siri mesyuarat berkaitan telah berlangsung sejak 3 Februari lalu yang mengambil kira input serta pandangan para pemegang taruh dalam menentu hala tuju APEC Pasca-2020.
“Suka untuk saya nyatakan bahawa Malaysia telah membentangkan tema, bidang keutamaan dan pelaksanaan pada semua Mesyuarat Berkaitan SOM Pertama termasuk kertas latar berkait pelaksaan bagi bidang keutamaan.
SEMUA YANG ANDA TAHU MENGENAI APEC 2020
“Antara kunci pelaksanan bagi Malaysia adalah Visi Pasca-2020 dan Sesi Khas SOM Visi Pasca-2020 dan Dialog Pelbagai Pemegang Taruh yang dilaksanakan menjurus ke arah pembangunan visi ini.
“Selain itu, perbincangan pada Mesyuarat Berkaitan SOM Pertama termasuk perdagangan dan pelaburan, kerjasama ekonomi, mobiliti perniagaan, keselamatan makanan, pembangunan mampan, prosedur kastam, penyediaan standard, hak cipta intelektual dan kesihatan serta pelbagai lagi,” katanya.
Mesyuarat SOM Pertama itu bakal berakhir esok dengan penglibatan para delegasi serta pegawai-pegawai kanan dari kesemua 21 anggota ekonomi APEC.
Topic Berkaitan
#APEC
#APEC 2020
#APEC Pasca-2020
#Hairil Yahri Yaacob
#kemakmuran bersama
#MyAPEC2020
#pasca 2020
#SOM Visi Pasca-2020
#Visi APEC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan