BISNES

MyCEB raikan rakan media di Media Engagement 2026

Malekah Aisyah 30/01/2026 | 11:45 MYT
MyCEB Media Engagement 2026 menjadi bentuk penghargaan untuk media sebagai rakan strategik dalam membentuk persepsi antarabangsa terhadap Malaysia. - Foto MyCEB
KUALA LUMPUR: Dalam suasana mesra santai namun penuh makna, Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) menghimpunkan rakan media menerusi MyCEB Media Engagement 2026 yang berlangsung di Botanica+Co, Bamboo Hills, Kuala Lumpur, pada Khamis.


Ringkasan AI
  • Dalam suasana mesra santai namun penuh makna, Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) menghimpunkan rakan media menerusi MyCEB Media Engagement 2026 yang berlangsung di BotanicaCo, Bamboo Hills, Kuala Lumpur, pada Khamis.
  • Acara ini menjadi wadah strategik untuk menghargai sokongan berterusan media, di samping menggalakkan pertukaran pandangan serta kerjasama yang lebih bermakna dalam menyampaikan naratif tepat mengenai sektor Business Events atau Acara Perniagaan dan International Sporting Events (ISE) atau Acara Sukan Antarabangsa Malaysia.
  • Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, Tan Mei Phing, menegaskan bahawa media memainkan peranan penting sebagai rakan strategik dalam membentuk persepsi antarabangsa terhadap Malaysia.
  • MyCEB Media Engagement 2026 mencerminkan komitmen berterusan agensi itu dalam membina kerjasama jangka panjang yang mampan bersama rakan media.


Acara ini menjadi wadah strategik untuk menghargai sokongan berterusan media, di samping menggalakkan pertukaran pandangan serta kerjasama yang lebih bermakna dalam menyampaikan naratif tepat mengenai sektor Business Events atau Acara Perniagaan dan International Sporting Events (ISE) atau Acara Sukan Antarabangsa Malaysia.

Tan Mei Phing ketika memberi ucapan di MyCEB Media Engagement 2026. - Foto MyCEB


Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, Tan Mei Phing, menegaskan bahawa media memainkan peranan penting sebagai rakan strategik dalam membentuk persepsi antarabangsa terhadap Malaysia.

“Media memainkan peranan penting dalam menterjemahkan visi kami kepada penceritaan yang berwibawa dan diyakini di peringkat antarabangsa.

“Kerjasama ini membolehkan kekuatan Malaysia disampaikan dengan jelas, penuh keyakinan dan kredibiliti,” katanya di majlis MyCEB Media Engagement 2026, di sini.

Majlis tersebut dirasmikan Tan Mei Phing dan dihadiri barisan pengurusan kanan MyCEB serta wakil organisasi media tempatan terkemuka, sekali gus mencerminkan hubungan erat yang terjalin berasaskan kepercayaan dan sikap toleransi serta saling menghormati.

Beliau turut menjelaskan bahawa MyCEB Media Engagement 2026 mencerminkan komitmen berterusan agensi itu dalam membina kerjasama jangka panjang yang mampan bersama rakan media.

Tan Mei Phing (tiga, kanan) bersama Editor Eksekutif Astro AWANI, Zaiful Ariffin (tengah) dan Strategis Kandungan Berjenama Astro AWANI, Haziq Ahmad Kamal (kiri). - Foto MyCEB


“MyCEB Media Engagement 2026 mencerminkan komitmen berterusan kami dalam membina hubungan berasaskan kepercayaan, saling menghormati dan kerjasama jangka panjang.

“Ketika kami terus bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan, media kekal sebagai rakan penting dalam meningkatkan kedudukan Malaysia di peringkat serantau dan global,” tambahnya.

Sepanjang sesi tersebut, MyCEB turut berkongsi perkembangan inisiatif terkini serta keutamaan strategik yang memberi tumpuan kepada usaha meletakkan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi acara perniagaan bernilai tinggi dan acara sukan antarabangsa, selari dengan aspirasi negara untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan kesan legasi yang berkekalan.

Pada 2025, MyCEB berjaya mendapatkan 393 Business Events, dengan anggaran impak ekonomi RM4.07 bilion hasil kehadiran delegasi antarabangsa.

Suasana di MyCEB Media Engagement 2026 dibanjiri rakan media yang hadir untuk sama-sama membina hubungan lebih erat. - Foto MyCEB


Pencapaian ini mencerminkan pemulihan industri yang memberangsangkan serta keyakinan berterusan penganjur dan delegasi antarabangsa terhadap Malaysia sebagai destinasi penganjuran yang kompetitif dan diyakini. Kejayaan ini turut didorong peranan media dalam menguar-uarkan naratif tepat dan berimpak.

Momentum positif ini diteruskan pada 2026 apabila MyCEB memperoleh 92 acara, menjana Estimated Economic Impact (EEI) sebanyak RM1.63 bilion, melibatkan 101,365 delegasi antarabangsa dan kehadiran keseluruhan 230,284 delegasi.

Dalam segmen International Sporting Events, empat acara berjaya diraih, menyumbang RM76.1 juta perbelanjaan pelawat serta menarik 7,730 pengunjung antarabangsa, dengan jumlah kehadiran mencecah 82,190 orang.

Pencapaian sehingga 23 Januari 2026 ini menyerlahkan daya saing Malaysia yang semakin meningkat sebagai destinasi pilihan bagi acara antarabangsa bernilai tinggi, dengan sokongan media kekal sebagai elemen penting dalam menyampaikan kisah kejayaan Malaysia ke peringkat global.

MyCEB Media Engagement 2026 juga menjadi ruang untuk rakan media dan MyCEB bertukar pandangan. - Foto MyCEB




#MyCEB #MyCEB Media Engagement 2026 #Rakan Media #penghargaan