SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2023 berjumlah RM550 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM450 juta dan belanjawan pembangunan sebanyak RM130 juta.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun ketika membentangkan belanjawan bertemakan 'Melunas Janji dan Menggalas Harapan' itu berkata belanjawan berkenaan merangkumi sektor pembangunan sosial, pertanian, infrastruktur, kerohanian, pentadbiran dan pelancongan.
"Belanjawan 2023 yang dicadangkan ini merupakan belanjawan defisit sebanyak RM100 juta. Sungguhpun ia merupakan tahun ketiga pembentangan belanjawan secara defisit, namun dibuat secara bersasar dan masih dalam batas keupayaan rizab tunai negeri.
"Belanjawan defisit ini juga merupakan intervensi kerajaan negeri dalam merangsang ekonomi domestik berdasarkan model Input-Output yang dibangunkan," katanya ketika membentangkan belanjawan itu pada Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di sini.
Beliau berkata hasil cukai dijangka menyumbang sebanyak RM159.84 juta (35.52 peratus), hasil bukan cukai dianggarkan RM227.96 juta (50.66 peratus) manakala terimaan bukan hasil berjumlah RM62.20 juta (13.82 peratus).
Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata pencapaian prestasi kutipan hasil meningkat dengan rekod kutipan tertinggi pada 2019 berjumlah RM556.44 juta manakala kemasukan pelaburan melebihi RM5 bilion setiap tahun sejak 2019 hingga 2021.
Beliau berkata menerusi Belanjawan 2023 itu, sebanyak 64 inisiatif merangkumi 22 inisiatif baharu dan 42 inisiatif sedia ada dengan peruntukan berjumlah RM107 juta termasuk jaminan bekalan makanan iaitu RM9.05 juta dan ekonomi rakyat sebanyak RM15.7 juta.
"Sektor pendidikan diperuntukkan sebanyak RM18.68 juta, kebajikan mengekalkan tujuh inisiatif (RM2.74 juta), pemerkasaan komuniti (RM36.68 juta) serta belia dan wanita (RM6.2 juta)," katanya.
Sementara itu, kerajaan negeri turut mengumumkan bantuan khas kewangan sebulan setengah gaji atau minimum RM2,500 kepada kira-kira 5,599 penjawat awam di negeri itu yang akan dibayar pada awal Januari dan minggu pertama April tahun depan.
Aminuddin berkata ia bagi menghargai perkhidmatan yang diberikan penjawat awam dalam menambah baik urus tadbir kerajaan dan sentiasa komited menggalas tanggungjawab masing-masing.
"Kita hadapi tahun yang sukar sebelum ini akibat pandemik COVID-19. Sungguhpun berhadapan dengan risiko jangkitan, penjawat awam tetap tabah menunaikan amanah bagi memastikan pencapaian perkhidmatan terus berjalan demi kesejahteraan rakyat.
"Di kesempatan ini, sukacita saya umumkan kutipan hasil negeri sehingga 12 tengah hari tadi adalah berjumlah RM444 juta atau 102.78 peratus iaitu melebihi RM100 juta bagi kutipan untuk tempoh sama tahun lepas. Ini merupakan pencapaian hebat dan membanggakan. Terima kasih kepada semua," katanya.
Terdahulu, persidangan DUN turut merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri ke-10 selain mendoakan kesihatannya untuk terus membangunkan negara.
Persidangan DUN Negeri Sembilan yang bermula hari ini hingga 1 Dis depan akan bersambung Selasa ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 25 2022

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun membentangkan Belanjawan 2023 Negeri Sembilan pada Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima hari ini. - Foto BERNAMA

Pemain industri makanan perlu kerjasama jayakan pelaksanaan Menu Rahmah
Pengusaha makanan dan minuman perlu bekerjasama dalam menjayakan seruan kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup menerusi pelaksanaan Program Menu Rahmah.

Bekas CEO CAAM kini CEO penerbangan Kumpulan Berjaya
Berjaya Land Bhd melantik Datuk Kapten Chester Voo sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi penerbangan kumpulannya.

Tze Yong wakil tunggal negara di Thailand Masters
Ng Tze Yong, menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan perjuangan dalam saingan Thailand Masters.

Politik Pakistan | Polis Pakistan tahan bekas Menteri Kabinet Imran Khan
Polis Pakistan menahan ahli politik terkenal negara itu Sheikh Rashid Ahmed, Penahanan dibuat beberapa hari selepas beliau menuduh menuduh bekas Presiden Asif Ali Zardari terlibat cubaan membunuh bekas Perdana Menteri Imran Khan.

10 Berita Pilihan - (02 Februari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Stadium Shah Alam | Kos akan diperincikan selepas selesai sesi libat urus
Kos pembangunan semula Stadium Shah Alam akan diperincikan selepas pameran dan sesi libat urus awam berkaitan stadium itu selesai, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Letupan Masjid | Pengebom bunuh diri berpakaian seragam polis
Pasukan penyiasat Pakistan mengesahkan pengebom bunuh diri di sebuah masjid di Peshawar memakai seragam pihak berkuasa itu ketika melancarkan serangan terbabit. Perkembangan mengenai tragedi yang mengorbankan hampir 100 nyawa itu dimaklumkan ketua polis daerah Khyber Pakhtun-Khwa, Moazzam Jah Ansari.

Ibadah Umrah | Hanya 10 peratus tiket dijual kepada jemaah Indonesia - MOTAC
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengesahkan Amal By Malaysia Airlines, cabang penerbangan haji dan umrah yang dikendalikan Malaysia Airlines, hanya menjual 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kapasiti tiket umrah kepada jemaah Indonesia. MOTAC dalam kenyataan hari ini memaklumkan 90 peratus kapasiti tiket berkenaan ditawarkan kepada jemaah Malaysia dan dilihat mencukupi untuk ditempah oleh agensi pengurusan umrah tempatan yang dilesenkan kementerian itu.

COVID19 | Tiada jangkitan varian Omicron CH.1.1 dikesan di China
Tiada jangkitan COVID-19 tempatan dikaitkan dengan varian Omicron CH.1.1 dan sub variannya ditemui di tanah besar China setakat ini, Pengesahan dibuat Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (CDC).

Krisis Teluk | Angelina Jolie lawat kubur mangsa pembunuhan Daish
Bintang Hollywood Angelina bertemu keluarga mangsa pembunuhan beramai-ramai militan Daish di Kampung Kocho, wilayah Sinjar, Iraq. Bekas Duta Khas untuk Agensi Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNHCR) itu ditemani pemenang hadiah Nobel, Nadia Murad.

N. Sembilan bentang Belanjawan 2023 RM550 juta, hasil RM450 juta
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2023 berjumlah RM550 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM450 juta dan belanjawan pembangunan sebanyak RM130 juta.

Belanjawan NS 2022 menyeluruh, dasar intervensi kekang kenaikan harga barang - Tok Mat
Belanjawan itu juga dilakukan melalui perancangan teliti terhadap sektor-sektor yang dapat dibuat jump start dengan dasar yang mampu menyegerakan pertumbuhan ekonomi negeri.