Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengaku kerajaan terdahulu boros dalam perbelanjaan sehingga baki Akaun Hasil Disatukan hanya tinggal RM450 juta setakat 30 April 2018, berbanding RM11.86 bilion pada 31 Dis 2017, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
"Ia penyusutan sebanyak 96 peratus atau RM11.41 bilion," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Najib, dalam kenyataan di laman Facebook rasminya pada 6 Sept, mendakwa baki akhir Akaun Hasil Disatukan setiap bulan tidak pernah lari antara RM18 bilion dan RM20 bilion.
Beliau menegaskan, penjawat awam yang terlibat dalam proses pengurusan aliran wang sentiasa memastikan sekurang-kurangnya cukup dana penampan untuk dua bulan bayaran gaji dan pencen.
Namun, Guan Eng berkata, Najib yang juga bekas menteri kewangan, gagal membezakan antara Akaun Hasil Disatukan dan Kumpulan Wang Disatukan.
"Beliau salah anggap bahawa jumlah di dalam Kumpulan Wang Disatukan boleh digunakan. Ketara sekali, beliau gagal dalam ujian perakaunan," katanya.
Menurut Guan Eng, di bawah Kewangan Disatukan, terdapat tiga akaun iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan, dan Akaun Amanah Disatukan.
Dari tiga akaun itu, hanya Akaun Hasil Disatukan boleh digunakan untuk perbelanjaan pengurusan.
Guan Eng sebelum ini mendakwa, baki Akaun Hasil Disatukan hanya tinggal RM450 juta kerana kerajaan terdahulu boros berbelanja dalam tempoh empat bulan pertama 2018.
"Jelas, ini adalah 'perbelanjaan pilihan raya umum' yang digunakan untuk cuba membantu Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu," katanya.
Guan Eng berkata, Najib tidak harus 'berpura-pura' mengenai kedudukan fiskal sebenar apabila bekas PM itu menegaskan BN telah meninggalkan 'puluhan bilion ringgit' kepada kerajaan baharu.
"Hanya ada RM450 juta sahaja yang boleh dibelanjakan untuk membayar emolumen (gaji penjawat awam) dan pencen sedangkan untuk ini sahaja, Kerajaan memerlukan lebih RM8 bilion sebulan.
"Atau, adakah Najib masih lagi keliru untuk membezakan atau memahami apa sebenarnya kandungan Akaun Hasil Disatukan walaupun beliau memegang jawatan Menteri Kewangan selama 10 tahun?" tambahnya.
Najib Aroff
Sun Sep 23 2018
GUAN ENG: Adakah Najib masih lagi keliru untuk membezakan atau memahami apa sebenarnya kandungan Akaun Hasil Disatukan walaupun beliau memegang jawatan Menteri Kewangan selama 10 tahun? - Astro AWANI/Fail
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Jimat cermat, kerajaan kutip tambahan hasil RM1.7 bilion - Guan Eng
Untuk rekod sepanjang tempoh itu tiada kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selepas ia dimansuhkan.