Nasi Kandar Line Q raih BizOne Rewards, perkukuh jenama tempatan di tengah persaingan F&B

Rezalman bersama hidangan utama seperti telur sotong, telur ikan dan ayam bawang yang menjadi tarikan utama pelanggan. - Astro AWANI
KOTA SAMARAHAN: Bermula sembilan tahun lalu dengan sebuah cawangan di Pasar raya Mydin Samariang, jenama Nasi Kandar Line Q kini berkembang kepada lima cawangan di Sarawak, sekali gus membuktikan keupayaan perniagaan tempatan untuk bertahan dan terus berkembang dalam industri makanan dan minuman (F&B) yang kompetitif.
Ringkasan AI
- Bermula sembilan tahun lalu dengan sebuah cawangan di Pasar raya Mydin Samariang, jenama Nasi Kandar Line Q kini berkembang kepada lima cawangan di Sarawak, sekali gus membuktikan keupayaan perniagaan tempatan untuk bertahan dan terus berkembang dalam industri makanan dan minuman (F&B) yang kompetitif.
- Pengurus Nasi Kandar Line Q Wilayah Sarawak, Rezalman Redzuan atau lebih dikenali sebagai Cik Man berkata, kejayaan itu banyak dipacu oleh keunikan menu yang sukar ditemui di tempat lain, khususnya lauk telur ikan dan telur sotong yang menjadi signature Line Q sejak awal penubuhan.
- Pembukaan cawangan kelima di Kota Samarahan, yang juga cawangan pertama di luar Kuching, didorong permintaan penduduk setempat serta komuniti universiti di sekitar, selain faktor lokasi strategik dan pembangunan pesat di kawasan itu.
- Tambah Rezalman, cawangan beroperasi 24 jam itu mula beroperasi sejak Oktober lalu dan menerima sambutan menggalakkan lebih-lebih lagi dengan tarikan siaran langsung perlawanan bola sepak menerusi langganan pakej Astro BizOne.
“Okey, (telur sotong dan telur ikan) ini memang kalau abang-abang kakak-kakak jalan satu Kuching, haus tapak kaki, haus tapak kasut, takkan jumpa kedai lain. Hanya dekat Nasi Kandar Line Q saja ada. Ha, pusinglah mana-mana tak akan jumpa,” katanya.

Suasana moden di cawangan Nasi Kandar Line Q Kota Samarahan dengan paparan menu digital dan konsep dekorasi kontemporari, menonjolkan identiti jenama tempatan. - Foto Astro AWANI
Tambah Rezalman, cawangan beroperasi 24 jam itu mula beroperasi sejak Oktober lalu dan menerima sambutan menggalakkan lebih-lebih lagi dengan tarikan siaran langsung perlawanan bola sepak menerusi langganan pakej Astro BizOne.
“Game changer kami ialah apabila ada acara atau perlawanan bola sepak, khususnya pada hujung minggu Jumaat, Sabtu dan Ahad. Ketika itu, cawangan di Kota Samarahan selalunya penuh. Kapasiti biasa sekitar 250 pelanggan, namun dengan penambahan meja besar, ia boleh mencecah antara 300 hingga 350 orang, dan ada kalanya masih tidak mencukupi. Setiap kali ada perlawanan atau acara sukan, kedai pasti penuh kerana pelanggan sanggup menunggu hingga perlawanan tamat,” katanya.
Dalam pada itu, pencapaian menerima BizOne Rewards disifatkan sebagai satu pengiktirafan penting buat keseluruhan pasukan Nasi Kandar Line Q, bukan sekadar kejayaan individu. Rezalman berkata, anugerah berkenaan memberi suntikan semangat kepada pasukan serta meningkatkan keyakinan untuk terus mengembangkan perniagaan.
“BizOne banyak membantu dari segi pemasaran. Dalam industri F&B, persaingan sangat sengit dan sokongan pemasaran memainkan peranan besar untuk menonjolkan jenama,” katanya, sambil menambah inisiatif itu membantu memperluas capaian jenama Line Q kepada khalayak lebih besar.

Pelbagai pilihan lauk berkuah seperti kari ayam, daging, sotong dan hidangan istimewa tersusun rapi di kaunter Nasi Kandar Line Q, mencerminkan kepelbagaian menu yang menjadi daya tarikan pelanggan. - Foto Astro AWANI
Pandangan sama dikongsi Pengurus Nasi Kandar Line Q Kota Samarahan, Mohammed Faizul Ahamed Shah yang menyifatkan menu seperti ayam bawang, telur sotong dan telur ikan sebagai tarikan utama pelanggan, khususnya pada hujung minggu dan ketika acara sukan berlangsung.
Sementara itu, tinjauan Astro AWANI mendapati pelanggan memuji rasa makanan, kebersihan premis serta kepelbagaian lauk yang ditawarkan.
Pensyarah UNIMAS, Christopher Perumal menyifatkan Line Q sebagai antara kedai mamak halal 24 jam pertama di Kota Samarahan dengan kualiti makanan dan perkhidmatan pelanggan yang baik.
Sementara itu, mahasiswa UNIMAS, Amir Naqiuddin berkata, lokasi berhampiran kampus serta harga berpatutan menjadikan Nasi Kandar Line Q pilihan pelajar, terutamanya ketika hujung minggu dan acara besar.
Dengan sokongan BizOne Rewards, Line Q optimis untuk terus berkembang secara berperingkat dan mengekalkan prinsip keikhlasan serta kualiti sebagai teras perniagaan.
Beliau turut menggalakkan pengusaha yang masih belum melanggan pakej Astro BizOne supaya merebut peluang ini, sambil merakamkan penghargaan kepada komuniti dan pelanggan atas sokongan berterusan mereka terhadap Astro.
Dapatkan Astro BizOne untuk outlet F&B anda dan nikmati sokongan pemasaran dalam Kempen BizOne Rewards yang seterusnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai Astro BizOne, layari biz.astro.com.my .
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


