Nazir Razak kembali bertugas sebagai Pengerusi Kumpulan CIMB esok

Astro Awani
Mei 18, 2016 13:20 MYT
Nazir tidak menyalahgunakan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif kumpulan mahupun menggunakan sumber bank itu. - Gambar fail
Datuk Seri Nazir Razak akan kembali bertugas sebagai Pengerusi Kumpulan CIMB dan Pengarah CIMB Bank bermula esok.
Ia diumumkan oleh ahli lembaga CIMB Group Holdings Berhad dan CIMB Bank Berhad menerusi satu kenyataan, hari ini.
Menurut kenyataan itu lagi, kajian komprehensif oleh firma audit, Messrs, Ernst and Young berhubung aktiviti perbankan dan akaun peribadi Nazir yang bermula 5 April lalu sudahpun selesai.
Hasil siasatan juga membuktikan Nazir tidak menyalahgunakan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif kumpulan mahupun menggunakan sumber bank itu.
Keputusan itu diperoleh sebulat suara kesemua ahli lembaga syarikat termasuk mendapatkan undian keyakinan dalam kalangan pemegang saham pada mesyuarat agung tahunan 2016 syarikat itu.
#cimb bank #Nazir Razak #nazir sambung tugas #pengerusi CIMB