BISNES
NCCP potensi jana nilai ekonomi tambahan RM110 bilion
Menteri Digital, Gobind Singh Deo bergambar bersama tetamu sempena Pelancaran Rasmi Dasar Pengkomputeran Awan Negara di Pentas Nexus, MITEC, Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Dasar Pengkomputeran Awan Negara (NCCP) bakal menjadi pemacu utama kepada lonjakan ekonomi digital Malaysia, selari dengan aspirasi MyDIGITAL dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, Malaysia berpotensi menjana nilai ekonomi tambahan sehingga RM110 bilion dengan mempercepat pelaksanaan strategi awan negara dalam tempoh 2024 hingga 2028.
“Kita sudah mempunyai pusat data dan pelaburan yang telah dilaksanakan, dan kita dapat melihat pusat-pusat data ini sedang dibina.
“Dalam tempoh 18 bulan yang lalu, pelbagai pengumuman serta keyakinan yang dinyatakan oleh negara-negara di seluruh dunia terhadap aspirasi digital Malaysia, sekali gus membuktikan bahawa ramai peneraju dalam industri pusat data memilih Malaysia sebagai destinasi utama,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian NCCP di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, pada Rabu.
Kata Gobind, kajian yang dijalankan oleh Asian Development Bank Institute dan Amazon Web Services (AWS) mengunjurkan bahawa peningkatan sebanyak satu peratus dalam penggunaan teknologi awan, boleh menyumbang sehingga RM10.5 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
Selain itu, beliau memaklumkan, NCCP menjadi tonggak utama dalam memastikan transformasi digital Malaysia berjalan selari dengan keperluan keselamatan siber, kedaulatan data dan kelestarian alam sekitar.
Selaras dengan Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS), beliau berkata, dasar itu juga menggariskan pelaksanaan rangka kerja keselamatan yang mantap bagi melindungi data negara daripada ancaman dalam dan luar negara.
“Lebih penting, NCCP memperkukuh prinsip kedaulatan data dengan memastikan semua data yang dijana dalam Malaysia tertakluk kepada undang-undang tempatan.
“Pendekatan ini dijangka meningkatkan kawalan negara terhadap data strategik dan sensitif.
“Dasar ini turut memperkenalkan rangka kerja kawal selia yang menyeluruh dan fleksibel, memberi ruang kepada semua sektor untuk membangunkan dasar tersendiri mengikut keperluan, tanpa mengabaikan keselarasan dengan strategi nasional,” ujar beliau.
NCCP meliputi lima tonggak utama iaitu Transformasi Sektor Awam; Memupuk Pertumbuhan Sektor Swasta; Perlindungan dan Privasi Data Selamat; Keterangkuman Digital serta Kelestarian Alam Sekitar.