BISNES
Negara 'Selatan Global' berminat jual produk di pasaran Rusia - Menteri Ekonomi
Reshetnikov berkata, pasaran Rusia sangat besar, maka banyak negara berminat untuk memasukinya secara semula jadi dengan produk yang mereka ada. - Reuters
HANGZHOU: Negara-negara Afrika, Thailand, Malaysia, Myanmar, Indonesia dan Vietnam menyatakan minat untuk membekalkan produk mereka ke pasaran dalam talian Rusia, malah sebahagian daripada negara berkenaan berada dalam zon perdagangan bebas, kata Menteri Pembangunan Ekonomi Rusia Maxim Reshetnikov kepada RIA Novosti.
"Pasaran Rusia sangat besar, maka banyak negara berminat untuk memasukinya secara semula jadi dengan produk yang mereka ada. Negara-negara Afrika... Sudah tentu, jiran terdekat dan paling berkuasa kami ialah China, tetapi kemudian ada Asia Tenggara: Thailand, Malaysia, Myanmar, Indonesia, Vietnam dan sebagainya," katanya ketika ditanya mengenai negara yang menunjukkan minat terhadap pasaran atas talian Rusia.
Beliau berkata demikian di luar acara Ekspo Perdagangan Digital Global Hangzhou (GDTE) keempat.
"Ini adalah negara-negara besar dengan industri dan bekalan mereka sendiri, dan mereka berminat membekalkan produk ke pasaran kami.
"Tambahan pula, sebahagian daripada negara ini berada dalam zon perdagangan bebas.
"Sebagai contoh, kami juga sedang membuat kemajuan dalam rundingan dengan Indonesia, jadi pada prinsipnya, rundingan agak meluas," kata menteri itu.
Sebagai contoh, katanya, negara-negara Afrika boleh membekalkan produk makanan seperti kopi, kacang dan buah-buahan. Namun, perlu diambil kira bahawa setiap produk memerlukan rantaian bekalan tersendiri misalnya, penghantaran buah-buahan memerlukan logistik yang lebih kompleks, jelas Reshetnikov.
Beliau menegaskan bahawa membekalkan produk ke pasaran atas talian Rusia melibatkan dua isu utama: logistik dan pembayaran, "sesuatu yang ketika ini memerlukan usaha berterusan."
-- BERNAMA