awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Niaga hadapan MSM ditutup rendah susulan kelemahan pada minyak soya

Bernama
Bernama
10/03/2023
21:45 MYT
Niaga hadapan MSM ditutup rendah susulan kelemahan pada minyak soya
Minyak sawit terpaksa diniagakan lebih rendah untuk mengekalkan diskaunnya terhadap persaingan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah pada Jumaat, menjejaki kelemahan dalam niaga hadapan minyak kacang soya, Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT).
Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group dari Mumbai, Anilkumar Bagani berkata minyak sawit terpaksa diniagakan lebih rendah untuk mengekalkan diskaunnya terhadap persaingan walaupun jumlah eksport Mac yang kukuh dan pengeluaran menyusut agak signifikan pada Februari.
Dalam kenyataan pada Jumaat, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkata jumlah stok minyak sawit negara turun 6.56 peratus kepada 2.11 juta tan pada Februari 2023 daripada 2.26 juta tan yang direkodkan semasa bulan sebelumnya.
Anilkumar memberitahu Bernama bahawa aktiviti membeli dari destinasi eksport seperti China, Pakistan, Bangladesh, Amerika Syarikat, Timur Tengah dan Afrika, kebanyakannya lengang.
Sementara itu, peniaga minyak sawit David Ng berkata terdapat kebimbangan terhadap permintaan yang lebih lembap pada masa hadapan.
"Kami mengesan sokongan pada paras RM4,050 dan rintangan pada RM4,250," katanya.
Penganalisis Kanan Fastmarkets Dr Sathia Varqa berkata kenaikan kukuh dalam eksport 1-10 Mac juga gagal memberikan sokongan tambahan kepada harga niaga hadapan MSM.
Semasa ditutup semalam, kontrak Mac 2023 meningkat RM4 kepada RM4,170 satu tan, April 2023 jatuh RM95 kepada RM4,111 dan Mei 2023 adalah lebih rendah sebanyak RM112 kepada RM4,093.
Sementara itu, Jun 2023 berkurangan RM120 kepada RM4,060 satu tan, manakala Julai 2023 serta Ogos 2023 masing-masing merosot RM118 kepada RM4,019 dan RM3,980.
Jumlah dagangan menokok kepada 65,195 lot berbanding 56,022 lot yang disaksikan semalam, manakala kepentingan terbuka susut kepada 170,198 kontrak daripada 171,430 kontrak.
Harga MSM fizikal bagi Mac Selatan menurun sejumlah RM50 kepada RM4,250 satu tan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MSM
#minyak kacang soya
#Bursa Malaysia
#minyak sawit mentah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan