BISNES
Nilai dagangan China-ASEAN naik 8.2 peratus kepada AS$596.99 bilion bagi Jan-Julai
Vietnam kekal sebagai rakan dagang utama China dalam kalangan negara ASEAN.
BEIJING: Nilai perdagangan antara China dan negara anggota ASEAN meningkat sebanyak 8.2 peratus tahun ke tahun bagi tempoh Januari hingga Julai, mencecah AS$596.99 bilion, lapor agensi berita TASS dengan memetik data Pentadbiran Am Kastam China.
Eksport China ke negara-negara ASEAN meningkat 13.5 peratus kepada AS$377.03 bilion, manakala aliran barangan dari ASEAN ke China hanya mencatat kenaikan 0.2 peratus kepada AS$219.96 bilion.
Hasilnya, lebihan dagangan China bagi tempoh berkenaan berjumlah AS$157.07 bilion, meningkat 40.6 peratus berbanding Januari hingga Julai 2024.
Bagi Julai sahaja, jumlah perdagangan China dengan ASEAN adalah sebanyak AS$86.03 bilion, menurun 5.2 peratus berbanding Jun.
Menurut TASS, Vietnam kekal sebagai rakan dagang utama China dalam kalangan negara ASEAN. Dari Januari hingga Julai, perdagangan dua hala antara kedua-dua negara mencecah AS$161.02 bilion, meningkat 11.2 peratus.
Eksport China ke Vietnam melonjak 20.7 peratus kepada AS$110.06 bilion, manakala import dari Vietnam menurun 5.1 peratus kepada AS$50.96 bilion.
Malaysia berada di kedudukan kedua dengan nilai perdagangan berjumlah AS$116.83 bilion, diikuti Thailand (AS$89.41 bilion) dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
ASEAN, bersama Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan Rusia, merupakan antara rakan dagang asing utama China. Pada 2023, perdagangan China dengan ASEAN menurun 4.9 peratus, namun pulih semula pada 2024 dengan peningkatan 7.8 peratus, mencecah AS$982.33 bilion.
-- BERNAMA