awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelaksanaan e-invois dilanjut setahun lagi bagi syarikat nilai jualan tahunan RM1-RM5 juta - PM
Warisan calonkan Saddi bagi Parlimen Kinabatangan, Mazliwati DUN Lamag
[KOLUMNIS] Universiti tidak jamin pekerjaan tetapi bina keupayaan jangka panjang mahasiswa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nilai eksport negara dijangka cecah RM1.2 trilion tahun ini - Azmin

Bernama
Bernama
28/11/2021
06:58 MYT
Nilai eksport negara dijangka cecah RM1.2 trilion tahun ini - Azmin
Azmin berkata, sasaran yang ditetapkan di bawah RMK12 untuk prestasi nilai eksport sebanyak RM1.24 trilion dan negara dapat mencapainya empat tahun lebih awal daripada sasaran. - Bernama
KAJANG: Nilai eksport negara dijangka mencecah RM1.2 trilion pada tahun ini, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata sasaran yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk prestasi nilai eksport sebanyak RM1.24 trilion dan negara dapat mencapainya empat tahun lebih awal daripada sasaran.
Katanya, lebih membanggakan apabila negara mencatatkan nilai eksport sebanyak RM114 bilion bagi tempoh Oktober lepas yang merupakan nilai tertinggi pernah dicatatkan.
"Ini membuktikan langkah kerajaan untuk membuka semula sempadan sama ada daerah, negeri dan negara telah memberi keyakinan kepada pelabur tempatan dan asing untuk terus melabur di negara ini," katanya pada sidang media selepas Program Semarak Prihatin Negeri Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini.
Mengenai prestasi pelaburan negara bagi tempoh September hingga November ini, katanya negara mencatatkan pelaburan lebih RM300 bilion, melebihi sasaran RM270 bilion yang ditetapkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata pencapaian sasaran tersebut membuktikan pelabur asing yakin dengan ekosistem perniagaan dalam negara dan dasar pelaburan yang diperkenalkan iaitu Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nilai eksport
#Mohamed Azmin Ali
#RMK12
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan