awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: Tiada arahan penutupan sekolah di Kota Tinggi - Exco
Perhimpunan GARAH: 'Kritik boleh, tetapi ganggu keselamatan akan dikenakan tindakan' - Anwar
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nilai eksport produk nanas dijangka cecah RM1.3 bilion tahun ini

Bernama
Bernama
18/05/2023
22:00 MYT
Nilai eksport produk nanas dijangka cecah RM1.3 bilion tahun ini
Chan berkata eksport produk berasaskan nanas paling tinggi negara adalah ke Singapura dan Timur Tengah, China, Jepun dan Korea Selatan. - Gambar hiasan
ISKANDAR PUTERI: Nilai eksport produk berasaskan nanas negara dijangka boleh mencecah sehingga RM1.3 bilion pada tahun ini selari dengan trend peningkatan, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin.
Beliau berkata trend tersebut dapat dilihat menerusi nilai eksport produk berasaskan nanas beberapa tahun kebelakangan ini dengan tahun lepas mencatatkan RM1.2 bilion, RM1.1 bilion pada 2021 dan RM642 juta (2020).
"Sebanyak 80 peratus daripada nilai eksport nanas adalah makanan dalam tin, dalam masa sama kita juga mahu terus menerokai pasaran baharu (terutamanya) bagi buah-buahan segar.
"(Ini) kerana buah-buahan segar pasarannya lumayan dan ia mendapat permintaan tinggi terutama di Timur Tengah dan China, jadi kita mahu terus terokai pasaran baharu," katanya pada sidang media sempena lawatan rasminya ke Tuzra Marketing, di sini pada Khamis.
Turut hadir Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Sheikh Umar Bagharib Ali.
Chan berkata eksport produk berasaskan nanas paling tinggi negara adalah ke Singapura dan Timur Tengah, China, Jepun dan Korea Selatan.
Ketika ditanya sekiranya keadaan cuaca panas akan menjejaskan pertumbuhan nanas, beliau berkata nanas merupakan tanaman yang lasak dan mampu bertahan pada cuaca seumpama itu.
"Cuaca panas sebenarnya ada kelebihan kepada nanas. Keadaan panas pada sekarang ini saya rasa ia tidak akan menjejaskan daripada segi pengeluarannya, kecuali pada awal penanaman baharu pada musim panas, kita kena siram nanas dalam satu atau dua minggu, selepas itu nanas boleh hidup dengan bantuan air embun," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#nanas
#LPNM
#nilai eksport
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan