BISNES
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Dua syarikat utama milik Elon Musk, SpaceX dan xAI, dilaporkan bakal bergabung dalam satu langkah korporat besar yang dijangka melonjakkan nilai gabungan entiti baharu itu kepada AS$1.25 trilion. - Gambar fail Reuters
NEW YORK: Dua syarikat utama milik Elon Musk, SpaceX dan xAI, dilaporkan bakal bergabung dalam satu langkah korporat besar yang dijangka melonjakkan nilai gabungan entiti baharu itu kepada AS$1.25 trilion.
Penggabungan tersebut difahamkan sedang dirangka sebagai langkah awal sebelum penyenaraian awam (IPO) yang dijadual berlangsung tahun ini.
Harga saham entiti baharu itu dijangka sekitar AS$527 seunit, menjadikannya antara tawaran saham paling dinanti dalam sejarah teknologi.
Walaupun kedua-dua syarikat belum mengeluarkan kenyataan rasmi, laporan sebelum ini menyebut perbincangan sudah berlangsung sejak beberapa bulan lalu bagi menyatukan operasi SpaceX - termasuk pelancaran roket dan rangkaian satelit Starlink dengan projek kecerdasan buatan di bawah xAI.
Sekiranya dimuktamadkan, gabungan itu akan menghimpunkan pelbagai aset utama Musk di bawah satu organisasi, termasuk platform media sosial X dan chatbot Grok yang dibangunkan xAI.
Langkah tersebut dianggap sebagai strategi memperkukuh penguasaan Musk dalam bidang aeroangkasa, komunikasi satelit dan kecerdasan buatan.
Penggabungan ini juga dijangka meningkatkan keupayaan kedua-dua syarikat untuk bersaing dalam landskap teknologi global, khususnya dalam pembangunan AI yang memerlukan kapasiti komputasi tinggi serta integrasi sistem antara darat dan orbit.
IPO SpaceX telah lama dinantikan pelabur, dan penggabungan bersama xAI dilihat mampu menambahkan potensi nilai pasaran syarikat secara dramatik, sekali gus mencipta salah satu penyenaraian terbesar pernah direkodkan.
Walaupun butiran lanjut masih menunggu pengesahan rasmi, langkah ini dijangka menjadi antara perkembangan korporat paling signifikan tahun ini dan berpotensi mengubah struktur keseluruhan empayar teknologi Musk. - Agensi