Nilai hartanah di sekitar kawasan Meru Raya di sini dijangka meningkat kira-kira 40 hingga 50 peratus sejak kewujudan Movie Animation Park Studios (MAPS), kata Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Perak itu berkata pada 2014, nilai tanah di kawasan itu hanya RM48 bagi setiap kaki persegi dan meningkat kepada lebih RM100 satu kaki persegi sejak tahun lepas.
"Pembangunan di Meru Raya kini berada di landasan yang betul," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, pada Isnin.
Mohamad Zahir yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kamunting itu turut menafikan dakwaan pemimpin pembangkang kononnya MAPS membuat pinjaman bank sebanyak RM1.9 bilion.
Beliau berkata, pinjaman yang dibuat adalah sebanyak RM280 juta, menerusi bank-bank tempatan dan ia telah mendapat kelulusan syarikat dan diumumkan selaras dengan ketetapan peraturan penyenaraian Bursa Malaysia.
MAPS yang dibuka pada 26 Jun, 2017 dibina di kawasan seluas 21 hektar dengan terdapat lebih 40 tarikan unik dan enam tema animasi terkemuka dunia.
Mengenai pembangunan Bandar Tasik Amanjaya di Tronoh dekat sini, Mohamad Zahir berkata projek itu belum dapat diteruskan kerana wujud lapan kes mahkamah berkaitan yang dikemukakan oleh penduduk setinggan di kawasan tersebut.
Beliau berkata, sebanyak 22 pemilik rumah setinggan di kawasan itu bukan golongan miskin sebaliknya mereka ialah setinggan komersial yang memperolehi keuntungan jutaan ringgit hasil meneroka tanah kerajaan sejak bertahun-tahun.
"Malangnya, terdapat pihak yang berkepentingan bertindak menghasut mereka supaya mendapatkan injunksi mahkamah namun pada masa yang sama mereka mempersoalkan mengapa kerajaan tidak membuat pembangunan di kawasan itu," katanya.
Mengulas mengenai peniaga yang diarahkan mengosongkan pusat beli-belah Megoplex di Medan Gopeng di sini, Mohamad Zahir berkata premis perniagaan itu semakin usang dan mereka diminta berpindah ke Kompleks Silveritage yang terletak berhampiran dengan Megoplex.
"Walaupun kadar sewa lot kedai ialah RM2,000 sebulan di kompleks berkenaan, peniaga dari Megoplex hanya perlu membayar kadar sewa RM500 sebulan selain bantuan wang tunai untuk membantu mereka berpindah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2017
MOHAMAD ZAHIR: Pembangunan di Meru Raya kini berada di landasan yang betul.
Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging ditawar kepada jiran
Saksi memberitahu mangsa dipukul dengan kayu sebelum dibunuh kejam dan tubuhnya dikerat-kerat di tengah jalan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [4 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
Malaysia berpeluang berkembang dengan manfaat kemajuan teknologi AI
Nadella berkata, perbincangan dan dialog mengenai cabaran AI sentiasa berlangsung bagi mencari penyelesaian dan menilai impak penggunaan teknoklogi berkenaan.
Tiga nyaris maut, kereta jatuh cerun di LPT1
Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans APM.
Timbunan sisa runtuhan Gaza atasi Ukraine
UNMAS menganggarkan sisa runtuhan di Gaza berjumlah 37 juta tan atau 300 kilogram untuk setiap meter persegi.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa di Gaza
Kenyataan ini dibuat ketika pusingan baharu rundingan tidak langsung dijadual berlangsung di Kaherah, Mesir.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC mengeluarkan kenyataan meminta tindakan mengancam kakitangannya berkaitan perkembangan perang di Gaza dihentikan segera
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasakan di Gaza
Setiausaha Agung PBB, ulangi desakan supaya Israel dan Hamas mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza
164 PAWE aktif di seluruh negara - Nancy
Sebanyak 164 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang aktif di seluruh negara setakat ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Pelabur perlu deposit RM2 juta jika mahu berhijrah ke Sarawak - Abang Jo
Premier Sarawak bersetuju dengan cadangan bahawa pelabur yang berminat untuk berhijrah ke negeri itu perlu mendeposit sekurang-kurangnya RM2 juta.
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
70 peratus pembangunan hartanah di Forest City terjual
Mohd Jafni berkata impak jualan hartanah itu akan membantu merancakkan lagi sektor ekonomi di kawasan berkenaan.
Bilangan transaksi hartanah tertinggi untuk sembilan bulan pertama 2023
Transaksi hartanah pada sembilan bulan pertama tahun 2023 mencatatkan di antara bilangan transaksi yang tertinggi di seluruh negara untuk tempoh yang sama sejak 2011/2012.
Rumah bertanah dijangka kekal sebagai pilihan utama pembeli pada 2024
Prospek pasaran hartanah Malaysia untuk 2024 dilihat kukuh untuk segmen rumah bertanah kerana ia kekal sebagai pilihan utama para pembeli
Rancang lancar lebih banyak projek di Iskandar Malaysia, pemaju hartanah dijangka tingkat sasaran jualan sehingga 15%
Unjuran itu dibuat kerana kebanyakan pemaju hartanah merancang untuk melancarkan lebih banyak projek di Iskandar Malaysia tahun ini.
Mah Sing optimis mengenai momentum 2024
Mah Sing Group Bhd mencatatkan jualan hartanah RM1.8 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept 2023, meningkat 14.4 peratus.
Kawasan bandar peroleh carian hartanah paling banyak pada tahun ini berikutan dasar kembali ke pejabat
Dalam kenyataan pada Selasa, pasaran hartanah itu berkata bakal pembeli rumah turut mempertimbangkan kawasan terpilih di luar Lembah Klang disebabkan fleksibiliti kerja.
Sektor hartanah kekal lembap, ketidaktentuan pasaran beri impak kepada pembeli
Kenaikan kos buruh dan harga bahan mentah turut menjadi punca kepada kebimbangan dalam kalangan pemaju hartanah.
Program "LBS Perks & Plusses" janji pengalaman pemilikan hartanah tiada tandingan
Dengan kolaborasi 26 rakan kongsi ternama, ahli program "LBS Perks and Plusses" dapat nikmati pelbagai produk dengan tawaran menarik.