awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nilai ringgit: Pengusaha inap desa perlu rebut peluang

Bernama
Bernama
04/12/2016
23:16 MYT
Nilai ringgit: Pengusaha inap desa perlu rebut peluang
Menurut Nolee Ketika ini, sebanyak 335 buah kampung membabitkan 3,723 pengusaha inap desa di seluruh negara telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan. - Gambar fail
Pengusaha inap desa atau 'homestay' di Perak perlu kreatif dalam membuat promosi dan bijak merebut peluang menarik pelancong dalam dan luar negara ekoran kejatuhan nilai mata wang ringgit.
Exco pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata disebabkan situasi itu, rakyat negara ini akan memilih untuk melancong dalam negara dan menjadi destinasi pilihan pelancong asing kerana harga yang lebih kompetitif.
"Kita lihat ada trend di situ dan kita harapkan para pengusaha mengambil kesempatan tersebut untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelancong yang datang," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Homestay Felcra Berhad Seberang Perak di sini, pada Ahad.
Hadir sama, Pengurus Besar Wilayah Felcra Berhad, Hassan Khamis.
Ketika ini, sebanyak 335 buah kampung membabitkan 3,723 pengusaha inap desa di seluruh negara telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan memiliki lesen untuk beroperasi.
Pada majlis tersebut, Nolee Ashilin turut menyampaikan sijil kepada 13 pengusaha inap desa yang terlibat dalam program Homestay Felcra Seberang Perak.
Dalam pada itu, katanya, kerajaan negeri amat mengalu-alukan tambahan dalam produk inap desa seperti yang dilakukan melalui Felcra Seberang Perak yang mana ia bertepatan dengan misi untuk menjayakan Tahun Melawat Perak pada 2017.
Sementara itu, seorang pengusaha inap desa yang ditemui, Jemilah Hussin, 64, berkata penyertaannya dalam program berkenaan bukanlah untuk mencari pendapatan tambahan, sebaliknya untuk memanfaatkan rumah kosong daripada dibiarkan begitu sahaja.
Hanya tinggal berdua bersama suaminya Danian Ibrahim, 69, berikutan keempat-empat anaknya mempunyai kerjaya, katanya, idea mengusaha inap desa bukanlah hendak mencari pendapatan sampingan tapi lebih kepada 'suka-suka'.
"Malah sebahagian duit daripada hasil homestay ini telah saya niatkan untuk disedekahkan kepada masjid dan surau-surau berdekatan," katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#homestay
#inap desa
#Nolee Ashilin Mohammed Radzi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan