KUALA LUMPUR: Nilai ringgit kembali pulih dan dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pada urus niaga pagi ini selepas mata wang AS menyusut di tengah-tengah kemunculan mod risiko dalam pasaran ekuiti, kata seorang penganalisis.
Pada jam 9.05 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.1855/1880 berbanding dolar AS daripada 4.1925/1950 pada penutup hari Rabu.
Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama hasil 10 tahun Perbendaharaan AS bergerak lebih rendah kepada 1.83 peratus malam tadi, manakala indeks penanda aras ekuiti utama AS pula merosot.
Justeru buat masa ini, pergerakan dolar AS/ringgit dilihat berlegar sedikit di bawah daripada paras rintangan iaitu RM4.1958.
Beliau turut menambah peserta pasaran dijangka memberi perhatian kepada perbincangan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.
"Kebanyakan pakar ekonomi meramalkan tiada perubahan pada masa kini kepada paras kadar dasar semalaman (OPR) 1.75 peratus," katanya.
Mohd Afzanizam berkata walaupun ia telah diambil kira, pasaran mahu melihat penilaian jawatankuasa itu mengenai keadaan ekonomi semasa khususnya inflasi dan bagaimana ia boleh menjejaskan dasar monetari pada masa hadapan.
"Oleh itu, adalah dijangkakan mata wang tempatan akan berada dalam julat yang ketat hari ini," tambahnya.
Pada paras pembukaan, mata wang tempatan didagangkan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama lain.
Ringgit disebut harga tinggi sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.1075/1096 daripada penutup Rabu 3.1086/1095 dan meningkat berbanding euro kepada 4.7510/7538 daripada 4.7553/7575 sebelumnya.
Bagaimanapun, nilai mata wang tempatan hampir tidak berubah berbanding pound Britain kepada 5.7019/7053 daripada 5.7018/7036 dan susut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.6622/6647 daripada 3.6600/6625.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022
Mohd Afzanizam berkata, hasil 10 tahun Perbendaharaan AS bergerak lebih rendah kepada 1.83 peratus malam tadi. - Foto fail
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit dibuka susut berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit susut ke paras 4.7780/7810 berbanding dolar AS daripada 4.7750/7785 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit rendah berbanding dolar AS berikutan situasi tidak menentu meningkat
Katanya, Fed AS dilihat tidak tergesa-gesa meredakan pendirian dasar monetarinya dalam masa terdekat.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
Ringgit teruskan peningkatan, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7850/7885 berbanding dolar AS daripada 4.7910/7950 semasa ditutup pada Rabu.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.