JOHOR BAHRU: Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada akhir bulan ini bakal menggariskan antara lainnya idea-idea bagi memacu masa depan sektor perindustrian negara.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Liew Chin Tong berkata ia sekali gus akan membawa kesan terhadap pelaburan langsung domestik (DDI) dan pelaburan langsung asing (FDI) dalam sektor tersebut di negara ini.
"Minggu depan Perdana Menteri akan lancar dan bentang NIMP 2030, dan saya harap dapat memberikan maklumat dan menggariskan idea berkenaan dengan masa depan industri ini, sekali gus menarik DDI dan juga FDI," katanya kepada pemberita selepas merasmikan ruangan pejabat Infinity8 Reserve Mid Valley Southkey, di sini, pada Ahad.
NIMP 2030 adalah kerangka dasar komprehensif merangkumi misi, keutamaan dan pelan tindakan dalam transformasi sektor perkilangan Malaysia.
Mengenai Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) yang menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) MITI dan agensi dibawahnya turut meliputi DDI, beliau berkata ia merupakan antara tumpuan Perdana Menteri bagi mengimbangi dan mengurangkan kebergantungan negara kepada pelaburan langsung asing (FDI) untuk menjana pelaburan negara.
"MITI menyambut baik (keputusan itu) dan saya bersama Menteri MITI Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bersetuju agar DDI turut diberikan tumpuan," katanya.
Anwar ketika mempengerusikan mesyuarat MPN baru-baru ini dilapor sebagai berkata kerajaan menetapkan DDI sebagai salah satu KPI bagi menjana jumlah pelaburan negara kerana ia berpotensi untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 27 2023
Liew Chin Tong berkata ia sekali gus akan membawa kesan terhadap pelaburan langsung domestik (DDI) dan pelaburan langsung asing (FDI) dalam sektor tersebut di negara ini. - Foto BERNAMA
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Pulau Pinang bangunkan kerangka kerja untuk pembuatan pintar
Satu kerangka kerja komunikasi, keselamatan dan tadbir urus dibangunkan untuk pembuatan pintar yang bertujuan mendukung transformasi digital sektor pembuatan negara.
Kerajaan optimis sasaran pelaburan SSN akan tercapai - MITI
Pada 2023, sektor semikonduktor menyumbang 82 peratus daripada RM84.5 bilion jumlah pelaburan yang diluluskan bagi projek E&E.
NIMP 2030 berhasil tingkat KDNK, peluang pekerjaan, gaji median - Tengku Zafrul
MITI yakin sasaran utama yang ditetapkan bagi tahun pertama NIMP 2030 dapat dicapai memandangkan tiga daripadanya telah merekodkan pencapaian memberangsangkan.
Sarawak tarik RM4.2 bilion pelaburan suku pertama 2024 - Tengku Zafrul
Negeri Sarawak telah berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024.
Pelaksanaan peralihan tenaga bersistematik mampu angkat Malaysia jadi destinasi pelaburan hijau pilihan - PM Anwar
Anwar berkata pelaksanaan peralihan tenaga dan pelaburan hijau yang lebih berkesan amat perlu bagi mengangkat imej, reputasi dan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan hijau pilihan.
Malaysia perkenal NIMP 2030, atasi penyahindustrian pramatang
Malaysia melancarkan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030) sebagai usaha strategik untuk mengatasi masalah penyahindustrian pramatang.
P. Pinang sedia jadi pemangkin rantaian nilai cip - Ketua Menteri
Pulau Pinang mampu menyumbang kepada pencapaian matlamat Malaysia seperti yang dibayangkan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
Kuskop terbuka kerjasama dengan institusi tawar latihan sektor tumpuan NIMP 2030
Kuskop terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana institusi pendidikan yang menawarkan kursus kemahiran dan latihan profesional.
MITI raih pelaburan berpotensi RM2.84 bilion daripada misi perdagangan dan pelaburan ke Itali
MITI memperoleh potensi pelaburan sejumlah RM2.84 bilion dan potensi eksport produk dan perkhidmatan Malaysia sebanyak RM500 juta daripada misi perdagangan dan pelaburannya ke Milan dan Turin, Itali.
Kerajaan yakin industri filem sebagai salah satu sektor penyumbang kepada ekonomi kreatif - Fahmi
Industri kreatif dan budaya negara menyumbang kira-kira 1.9 peratus atau RM28.7 bilion daripada jumlah KDNK negara dan merangkumi tenaga kerja seramai lebih setengah juta orang.