Nurul Izzah antara anggota baharu PAC

Harits Asyraf Hasnan
Disember 4, 2018 10:49 MYT
Nurul Izzah antara anggota baharu PAC. - Gambar fail
Tiga ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ditukar daripada terus menganggotai jawatankuasa itu.
Menerusi Penyata Khas Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat Yang Keempat Belas yang dikeluarkan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, pelantikan itu melibatkan Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh), William Leong (PH-Selayang) dan Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong).
Mereka menggantikan Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH-Johor Bahru), Willie Mongin (PH-Puncak Borneo) dan Hasan Arifin (BN-Rompin).
PAC ketika ini dipengerusikan Datuk Seri Ronald Kiandee (BN-Beluran) dan dianggotai 12 ahli yang lain termasuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin), Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) dan Robert Lawson Chuan (GPS-Betong).
Sementara anggota PAC lain dari kalangan pegawai kerajaan ialah Wong Chen (PH-Subang), Steven Chong (PH-Tebrau), Hasanuddin Mohd Yunus (PH-Hulu Langat), Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera), dan Wong Shu Qi (PH-Kluang).
#Akmal Nasrullah Mohd Nasir #Hasan Ariffin #Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara #Nurul Izzah #PAC #Willie Mongin