NYSE gantung dagangan buat kali kedua

Shafizan Johari
Mac 12, 2020 14:11 MYT
Kejutan pasaran saham ini menyusul pengumuman sekatan perjalanan dari Eropah oleh Donald Trump. - Reuters
DAGANGAN pasaran saham New York (NYSE) digantung sementara pada awal dagangan Khamis selepas penanda aras Indeks S&P 500 menjunam 7 peratus sejurus dagangan dibuka.
Hentian dagangan automatik selama 15 minit itu merupakan yang kedua pada minggu ini.
Turut mencatatkan kejatuhan penanda atas - Perindustrian Dow Jones yang hilang 7.2 peratus dan Indeks Komposit Nasdaq yang jatuh 7.03 peratus.
Kejutan pasaran saham ini menyusul pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang mengesahkan bahawa AS akan menyekat semua perjalanan dari Eropah kecuali Britain dan Ireland dalam usahanya mengekang pendemik COVID-19.
Langkah berkenaan dikhuatiri bakal menjejaskan permintaan terhadap minyak yang sudahpun terjejas akibat perang harga baru-baru ini.
#COVID-19 #dagangan digantung #Donald Trump #Dow Jones #indeks s&p #koronavirus #Nasdaq #nyse #pasaran saham