awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ong Ka Chuan sertai Mesyuarat Menteri Perdagangan Komanwel

Bernama
Bernama
08/03/2017
04:16 MYT
Ong Ka Chuan sertai Mesyuarat Menteri Perdagangan Komanwel
Ong antara lain mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan menteri-menteri dari Australia, Kanada, Brunei, New Zealand dan Singapura. - Gambar fail
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan akan menyertai Mesyuarat Menteri-menteri Perdagangan Komanwel di London pada 9 dan 10 Mac.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata topik perbincangan termasuk mencergaskan semua perdagangan antara negara Komanwel, teknologi dan inovasi, mewujudkan ekonomi eksport, masa depan perdagangan Komanwel dan cadangan untuk dipertimbang pada mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada 2018.
Dalam lawatan itu, Ong dijadual bertemu rakan sejawatannya dari Kanada, Francois-Philippe Champagne, selain mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan menteri-menteri dari Australia, Kanada, Brunei, New Zealand dan Singapura, bagi menilai program kerja menjelang Persidangan Peringkat Menteri WTO, yang akan dianjurkan oleh Argentina pada Disember.
Ong juga akan bertemu kumpulan masyarakat perniagaan United Kingdom bagi berkongsi peluang perdagangan dan pelaburan di Malaysia, selain menyakinkan mereka bahawa Malaysia merupakan destinasi pilihan pelabur asing.
"Ini diikuti mesyuarat dengan pelabur berpotensi dan lawatan tapak ke satu projek yang dilaksanakan oleh syarikat Malaysia di Royal Mint Gardens," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#komanwel
#menteri perdagangan
#mesyuarat
#MITI
#Ong Ka Chuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan