KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan 25 mata asas lagi dalam Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang dijangka diputuskan dalam mesyuarat akan datang pada 8 September 2022, kata OCBC Bank.
Dalam kenyataan hari ini, Ketua Ahli Ekonominya Selena Ling berpendapat bahawa bank pusat itu dijangka tidak akan berbuat demikian pada November 2022 bagi menilai keseimbangan antara risiko inflasi dan kemelesetan sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
"Melangkah ke hadapan, kami mengunjurkan BNM akan terus meningkatkan kadar tersebut. Dalam persekitaran suasana kadar faedah global yang meningkat dan tekanan inflasi domestik, terdapat kemungkinan kenaikan OPR berturut-turut berbanding kitaran kenaikan lebih panjang," katanya.
BNM telah bertindak menaikkan 25 mata asas lagi OPR kepada 2.25 peratus pada mesyuarat keempat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bagi tahun ini.
Beliau berkata, langkah mengetatkan dasar monetri itu akan dilaksanakan apabila ekonomi dijangka masih mencatatkan pemulihan kukuh secara umumnya biarpun momentumnya perlahan akibat faktor global.
Berikutan itu, katanya, adalah sesuatu yang positif untuk melihat Malaysia memulakan tahun ini dengan lebih kukuh termasuk keluaran dalam negara kasar (KDNK) mencatat pertumbuhan lebih tinggi daripada dijangkakan iaitu 5.0 peratus.
Namun, beliau berkata, cabaran yang mungkin dihadapi akibat kemelesetan ekonomi negara-negara utama dijangka menimbulkan cabaran lebih besar terhadap ekonomi Malaysia.
"Bagaimanapun, kita masih bernasib baik (kerana mampu) mencatat pemulihan dalam permintaan domestik dan komponen eksport yang tidak boleh diabaikan kerana kesannya terhadap ekonomi keseluruhannya terutama menerusi pemulihan aspek pekerjaan," katanya.
Sehubungan itu, Ling berkata biarpun unjuran OCBC bagi pertumbuhan KDNK tahun penuh akan meningkat akibat kenaikan lebih tinggi di luar jangkaan pada suku pertama, tinjauan bagi tempoh berbaki tahun ini adalah tidak menggalakkan.
"Secara keseluruhannya, kami kini menjangkakan pertumbuhan bagi tahun penuh 2022 adalah pada 5.7 peratus berbanding 5.4 peratus sebelum ini.
"Di samping itu, sekiranya pertumbuhan ke destinasi eksport utama seperti China dan Amerika Syarikat mula susut, pertumbuhan Malaysia juga mungkin terjejas biarpun kadarnya masih memuaskan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 12 2022
BNM telah bertindak menaikkan 25 mata asas lagi OPR kepada 2.25 peratus pada mesyuarat keempat Jawatankuasa Dasar Monetari bagi tahun ini. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
Kenaikan premium insurans perubatan harus munasabah, tidak membebankan - PM
Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan menentukan kawalan supaya kenaikan premium insurans perubatan tidak terlalu tinggi, kata PM.
BNM masih berunding dengan pihak berkepentingan berhubung premium insurans perubatan - PM Anwar
Bank Negara Malaysia masih berunding dengan pihak berkepentingan berhubung cadangan kenaikan kadar premium insurans perubatan.
Suri rumah rugi RM130,000 selepas terperdaya tawaran kerja dalam talian
Seorang suri rumah berusia 50-an kerugian RM130,000 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian di sini pada awal November lepas.
Bank Negara Malaysia keluarkan tiga syiling peringatan
Syiling peringatan itu akan dikeluarkan dalam dua denominasi iaitu Syiling Peringatan Perak Sterling (pruf) serta Syiling Peringatan Nordic Gold Brilliant Uncirculated (B.U.).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$117.59 bilion akhir Oktober 2024 - BNM
Aset rizab rasmi berjumlah AS$117.59 bilion, manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$5.7 juta pada akhir Oktober 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
BNM arah ITO semak kenaikan caj premium perubatan agar harga lebih wajar
Syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) diarah untuk menyemak strategi penentuan semula harga insurans perubatan serta kesihatan (MHIT) untuk memastikan ia lebih wajar.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.