[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
BUSINESS

OPR kekal 3 peratus, MPC terus pastikan dasar monetari kekal kondusif - BNM

Firdaus Azil 08/05/2025 | 07:16 MYT
Di sebalik ketidaktentuan global, MPC Bank Negara Malaysia kekalkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) pada 3 peratus. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) Bank Negara Malaysia memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) pada 3 peratus.

Ringkasan AI
  • Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3%, selaras dengan penilaian semasa terhadap inflasi dan pertumbuhan ekonomi.
  • Prospek ekonomi global terus disokong oleh pasaran pekerja yang positif, dasar monetari yang kurang ketat, dan rangsangan fiskal, walaupun terdapat ketidakpastian akibat tarif perdagangan dan ketegangan geopolitik.
  • BNM menekankan bahawa ketidakpastian dalam rundingan perdagangan dan geopolitik boleh menyebabkan volatiliti pasaran kewangan global yang lebih ketara.

Bank Negara Malaysia dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, penunjuk terkini menunjukkan pertumbuhan dan perdagangan global yang berterusan, disokong oleh permintaan dalam negeri dan aktiviti yang dilakukan lebih awal (front-loading activities).
Prospek pertumbuhan global, katanya lagi, akan terus disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang positif, dasar monetari yang kurang ketat dan rangsangan fiskal.
“Walau bagaimanapun, langkah-langkah tarif yang diumumkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan tindakan balas telah melemahkan prospek pertumbuhan dan perdagangan global.
“Prospek ini kekal tertakluk pada ketidakpastian yang ketara, termasuk hasil rundingan perdagangan dan ketegangan geopolitik. Ketidakpastian ini juga boleh menyebabkan volatiliti pasaran kewangan global yang lebih ketara,” katanya lagi.
#OPR #Bank Negara Malaysia #perang tarif #AS-China #terkini