awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang tarik pelaburan asing RM500 juta, bangunkan industri karavan

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
15/05/2022
20:30 MYT
Pahang tarik pelaburan asing RM500 juta, bangunkan industri karavan
MoU yang dimeterai ini merangkumi pelaksanaan pembinaan taman karavan, pusat pemasangan karavan, eko-sistem pembuatan karavan dan pusat bekalan karavan untuk pasaran Asia Pasifik serta Australia. - Astro AWANI
KUANTAN: Kerajaan Pahang menarik pelaburan asing bernilai RM500 juta melalui memorandum persefahaman (MoU) dengan Caravaning Industry Association (CIVD) yang berpangkalan di Jerman bagi membangunkan industri pembuatan karavan di negeri ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, MoU yang dimeterai ini merangkumi pelaksanaan pembinaan taman karavan, pusat pemasangan karavan, eko-sistem pembuatan karavan dan pusat bekalan karavan untuk pasaran Asia Pasifik serta Australia.
Menurutnya, pihaknya akan memberikan komitmen sepenuhnya bagi membangunkan industri karavan dan projek itu akan dilaksanakan bermula penghujung tahun ini.
"Taman karavan ini akan beroperasi di lokasi strategik dan pihak kita sedang mengenal pasti kawasan sesuai.
"Kita yakin Pahang boleh dijadikan hub pengeluaran karavan terkemuka di rantau ini kerana negeri ini sememangnya terkenal dengan industri pemasangan kereta jenama terkemuka dunia seperti Mercedes, Volkwagen, dan Isuzu di Taman Perindustrian Automotif, Pekan," katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya pada Ahad.
Beliau berkata, kerjasama strategik ini turut mendapat sokongan dan penglibatan daripada pihak East Coast Economic Region (ECER).
Sehubungan itu, Wan Rosdy menjelaskan pembukaan industri karavan ini dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang menarik dan kompetitif untuk warga tempatan.
"Saya amat berharap agar MoU ini dapat direalisasikan bukan sahaja bagi membangunkan industri baharu di Pahang tetapi juga menyumbang kepada hasrat kita untuk meningkatkan pelaburan asing ke negeri ini," katanya.
Topic Berkaitan
#Wan Rosdy Wan Ismail
#pelaburan
#Australia
#karavan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan