Ketidaktentuan politik yang mencetuskan kekalutan pada hujung minggu lepas, kini dilihat semakin reda selepas Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai perdana menteri interim, semalam.
Bagaimana pun, berdasarkan senario politik semasa, kalangan perniagaan sebaliknya bimbang jika pakej rangsangan ekonomi yang dijadual diumumkan pada Khamis ini akan turut terjejas serta ditamatkan.
Bagi kalangan penganalisis, pakej yang bertujuan memacu ekonomi tempatan dalam persekitaran kelembapan ekonomi global akibat COVID-19 itu sememangnya amat diperlukan, lebih-lebih dalam keadaan sekarang.
"Kami percaya bahawa butiran pakej rangsangan itu telah pun diperhalusi sebelum kemelut politik itu berlaku. Malah, dari sudut ekonomi misalnya, kami yakin Dr Mahathir juga menyedari kepentingan pakej itu bagi melonjakkan ekonomi.
"Namun, berdasarkan perkembangan semasa, kami menjangkakan pengumuman mengenainya akan dibuat lebih lewat," katanya.
Sementara itu, Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pakej rangsangan ekonomi itu diperlukan berkutan ketidaktentuan ekonomi yang terus ketara selain akibat faktor penyusutan perbelanjaan perniagaan serta pengguna.
"Jika perkara ini dibiarkan tanpa sebarang tindakan, ia akan memberi kesan terhadap agregat permintaan selain memburukkan lagi kelembapan ekonomi," katanya.
Mengulas rangsangan fiskal, beliau berkata Bank Negara Malaysia (BNM) setakat ini telah memainkan peranan dengan mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebelum ini dan dijangka disusuli dengan satu lagi penurunan pada Mac atau Mei ini.
"Saya percaya langkah semasa yang diambil oleh pihak bank pusat itu akan melengkapi usaha bagi memperkukuh ekonomi di masa depan," katanya.
Pada bulan lepas, BNM tanpa dijangka telah menurunkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus - terendah sejak Mac 2011 dan menyifatkan masih ada ruang bagi penurunan berikutnya bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.
Sejak penularan COVID-19 pada pertengahan Januari, indeks utama Bursa Malaysia, FBM KLCI susut 57 mata kepada 1,531.20 dan menyaksikan sektor pembuatan, pelancongan dan logistik terjejas.
Selepas kemelut politik itu dilihat reda dan sentimen keyakinan pulih semula, indeks penanda aras FBM KLCI tersebut naik 10.67 mata kepada 1,500.73 pada rehat tengah hari ini selepas susut 2.68 peratus atau 41.14 mata kepada 1490.06 mata, semalam.
Malah, sebagai membuktikan kepentingan pakej tersebut, Malaysia juga bukanlah satu-satunya negara ASEAN yang merancang memperkenalkan inisiatif sedemikian bagi menangani impak COVID-19.
Thailand misalnya, berhasrat membentangkan cadangan pakej rangsangan ekonomi baharu kepada Kabinet pada pertengahan Mac ini dengan harapan dapat memacu ekonomi negara itu pada bulan-bulan berikutnya.
Pakej itu yang meliputi pelancongan, perbelanjaan dan pelaburan, juga bertujuan merancakkan pelancongan domestik yang terjejas teruk akibat COVID-19.
Indonesia pula menerusi bank pusat, Bank Indonesia (BI) pada Khamis lepas, memutuskan untuk mengurangkan kadar asas bagi menampan impak akibat penularan virus itu terhadap ekonomi negara tersebut.
Dalam mesyuarat lembaga gabenornya selama dua hari, bank pusat berkenaan bertindak mengurangkan kadar faedah utamanya iaitu kadar repo berbalik tujuh hari BI sebanyak 25 mata asas kepada 4.75 peratus selepas mengekalkan kadar itu pada bulan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 25 2020
Sejak penularan COVID-19 pada pertengahan Januari, indeks utama Bursa Malaysia, FBM KLCI susut 57 mata kepada 1,531.20 dan menyaksikan sektor pembuatan, pelancongan dan logistik terjejas. - Gambar fail
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
Malaysia dan Indonesia baharui Perjanjian Swap Mata Wang Tempatan Dua Hala
Kedua-dua bank pusat itu memeterai pembaharuan LCBSA susulan perjanjian pertama yang dimeterai pada 2019 dan diperbaharui pada 2022.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Malaysia-Indonesia jalin kerjasama, transaksi rentas sempadan guna kod QR
Ini membolehkan lebih ramai rakyat Indonesia dan Malaysia membuat pembayaran runcit secara segera di kedua-dua negara dengan mengimbas kod QRIS atau DuitNow.
BNM perbaharui perjanjian swap mata wang dengan Bank Indonesia
Pembaharuan perjanjian itu akan berkuat kuasa untuk tempoh tiga tahun.
BNM, Bank Indonesia masukkan pelaburan langsung, pendapatan & pindahan dalam penyelesaian ringgit-rupiah
Rangka kerja ini juga memperluas pengguna yang layak seperti orang perseorangan dan dasar pertukaran asing tambahan yang fleksibel.
Pakej rangsangan ekonomi perlu diteruskan walaupun lewat - Penganalisis
Ketidaktentuan politik yang mencetuskan kekalutan pada hujung minggu lepas, kini dilihat semakin reda selepas Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai perdana menteri interim, semalam.
Beli-belah tengah malam Ramadan petunjuk ekonomi Indonesia semakin pulih
Tanda semangat ekonomi Indonesia bertambah baik antara lain berdasarkan senario pelanggan yang beratur sempena jualan murah tengah malam dalam bulan Ramadan.